KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden PKR hanya layak diduduki Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian jelas Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli, yang baru-baru ini mengumumkan mahu bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Katanya, posisi sebagai Timbalan Presiden lebih sesuai untuknya bagi menggerakkan usaha persiapan menuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Rafizi berkata, bekliau kembali dari persaraan dunia politik untuk membantu parti itu menjadi lebih kukuh dan lebih meyakinkan para pengundi selepas gagal dalam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) pasca PRU yang lalu.
“Bagi saya, cukup jelas bahawa satu-satunya calon Perdana Menteri yang berkebolehan untuk menarik minat pengundi yang tidak bersetuju dengan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) adalah Anwar.
“Ini bukan soal Presiden atau kedudukan, isunya ialah bagaimana kita nak memperkukuhkan persiapan PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk masuk dalam PRU akan datang dengan lebih berkeyakinan selepas kita tewas dalam empat PRN,” tambahnya.
Bercakap mengenai kekalahan itu, Rafizi melihat bahawa sebahagian besarnya adalah berpunca daripada pengundi atas pagar yang merasakan mereka terpisah daripada diskusi politik negara.
"Ia disebabkan oleh senario di mana kita lihat gabungan-gabungan politik yang ada ketika ini lebih kepada merebut kuasa, tetapi tidak menumpukan kepada usaha untuk menyelesaikan isu harian dan permasalahan yang dihadapi rakyat," katanya.
Jadi, disebabkan itu, beliau tergerak untuk membantu membawa kembali diskusi politik negara ke arah PRU akan datang supaya lebih tertumpu kepada isu-isu rakyat seperti harga barang, ekonomi anak muda, pekerjaan dan sebagainya.
“Sebahagian besar kami tidak begitu berminat dengan jawatan tapi kita nak pastikan bahawa kemajuan yang kita telah capai sehingga menyebabkan perubahan politik negara pada 2018 itu dapat diteruskan dalam PRU akan datang.
“Jadi tempat yang terbaik ialah masuk di peringkat Timbalan Presiden supaya kita dapat perkuatkan jentera dan juga naratif serta persiapan ke arah PRU15,” kata Rafizi.
Tonton temu bual penuh bersama Rafizi dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Ibrahim Sani, di sini:
Israr Khalid
Tue Mar 29 2022
RAFIZI: Tiada yang lebih layak duduk di kerusi Presiden PKR selain Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.