KUALA LUMPUR:Keputusan untuk menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19 memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif.
Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.
Katanya, sekiranya sekolah di seluruh negara diarah tutup serta-merta kerana COVID-19, pelajar yang tidak mempunyai akses kepada Internet akan teraniaya.
“Apabila kita bercakap tentang online learning... untuk kita yang ada kemampuan atau akses kepada Internet dan teknologi, mungkin kita lihat bahawa pembelajaran secara online adalah satu pilihan terbaik.
“Kami sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita... ramai anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu minimum.
“Malah, ada juga yang tidak ada sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?," katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat.
“Saya ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi.
"Yang kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi).
“Jadi sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi.
Faris Danial Razi
Sat Oct 17 2020
Dr Radzi Jidin menjelaskan, masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi. -Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.
Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir
Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik.