awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kencing tikus: Aktiviti luar sekolah berkaitan air ditangguh serta-merta - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2016
08:01 MYT
Kencing tikus: Aktiviti luar sekolah berkaitan air ditangguh serta-merta - Mahdzir
Menteri Pendidikan meminta Jabatan Pelajaran Negeri menjalankan kajian dan penilaian setiap program aktiviti luar di lokasi yang berisiko tinggi jangkitan leptospirosis. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua kegiatan luar sekolah yang melibatkan air termasuk rekreasi dan perkelahan di seluruh negara ditangguhkan sementara susulan kematian seorang guru akibat penyakit kencing tikus.
Arahan itu berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri menjalankan kajian dan penilaian setiap program aktiviti luar di lokasi yang berisiko tinggi jangkitan leptospirosis atau dijangkiti kuman kencing tikus.
"Ini adalah insiden yang tidak dijangka menjadi begitu serius.
"Kami meminta supaya pihak Ketua Pengarah Pelajaran dan jawatankuasa di kementerian menjalankan kajian dahulu, selepas itu baru membenarkan semula aktiviti melibatkan air sungai dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.
Pada Khamis, Mohd Yusri Yaacob, 42, disahkan meninggal dunia jam 8.05 malam selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman kencing tikus.
Mangsa merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putra, Jitra dipercayai dijangkiti bakteria itu ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia.
Program tersebut dijalankan di Kem Jerai Pusat Kokurikulum Daerah Baling pada 15 hingga 20 Julai lalu.
Seorang lagi guru yang mengikuti aktiviti sama turut dijangkiti dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Kementerian Pendidikan
#kencing tikus
#leptospirosis
#Mahdzir Khalid
#Yusri Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan