KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurusan zakat, jika tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan, kepada kumpulan sasaran.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook dan X hari ini, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menyinggung perkara tersebut sewaktu berucap pada Karnival MAIWP 2024, yang juga merupakan salah satu acara sambutan 50 tahun penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.
"Hatta, pengurusan zakat perlu senantiasa berada di tahap baik dan cemerlang, sementelahan mengelakkan berlakunya pengagihan tidak setara sehingga ada keluarga yang langsung tidak mendapatnya.
"Begitu juga soal kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan, di mana perkara ini juga harus ditangani dengan cemerlang dan jayanya," katanya.
Terdahulu Anwar merasmikan Karnival MAIWP 2024 yang berlangsung hari ini di Taman Tasik Titiwangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada perasmian Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. - Foto Bernama
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Kendalikan pengurusan zakat secara betul, elak kepincangan - Anwar
Pengurusan zakat, jika tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan.