SEPANG: Kenderaan berat dengan muatan berlebihan merupakan satu masalah besar dan antara penyumbang kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama dan perlu ditangani segera.
"Jadi lebih muatan ini adalah satu masalah yang perlu kita tangani secara bersepadu dan penguatkuasaan akan ditambah," katanya kepada media selepas menghantar penumpang Batik Air yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Sibu, di sini hari ini.
Loke berkata penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjalan seperti biasa malah operasi khas sentiasa dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan berjalan lancar dan efisien.
Beliau berkata mulai suku ketiga tahun lepas penguatkuasaan giat dijalankan dan terus meningkat sejak beberapa bulan ini dengan jumlah saman yang dikeluarkan bertambah terutama kepada pengusaha kenderaan perdagangan.
Mengenai sektor penerbangan tahun ini, Loke berkata permintaan dijangka terus kukuh dan jumlah penumpang untuk tahun ini dilihat akan terus meningkat.
Justeru, beliau berkata kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan penting dalam mencari jalan untuk menambah kapasiti dan penerbangan.
Loke berkata jumlah penumpang tahun lepas mencecah hampir 85 juta dengan 60 peratus daripadanya adalah penumpang domestik manakala 40 peratus merupakan penumpang antarabangsa.
"Jadi kita menjangkakan tahun ini kita punya penumpang antarabangsa akan terus meningkat kerana melihat kepada pemulihan sektor pelancongan," katanya.
Selain itu, Loke berkata dasar kerajaan mengecualikan visa untuk pelancong daripada China dan India juga akan menambah bilangan penumpang dari kedua-dua negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Loke berkata, masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan. - Gambar fail
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
Kenderaan berat dengan muatan berlebihan perlu ditangani segera, bersepadu - Loke
Masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama.