awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb

Bernama
Bernama
07/02/2025
03:30 MYT
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
LLM menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi pelaksanaan waktu larangan memasuki lebuh raya pada waktu puncak apabila ia mula dilaksanakan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Ketua Pengarah LLM Datuk Sazali Harun berkata jajaran lebuh raya berkenaan adalah di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Beliau berkata pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Okt tahun lepas dan merupakan satu daripada inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).
"Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan ini ialah kenderaan motor kelas 2, iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas) serta kenderaan motor kelas 3, iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas).
"Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi kenderaan berat yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik; perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan; serta kenderaan berat yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelaksanaan di LUS melibatkan jajaran Sungai Buloh ke Bukit Lanjan bagi kedua-dua arah di kilometer (KM) KM456.0 hingga KM459.3 manakala Lebuhraya NKVE membabitkan jajaran Shah Alam ke Jalan Duta bagi kedua-dua arah di KM9.0 hingga KM3.0.
Di Lebuhraya ELITE, jajaran terlibat ialah Shah Alam ke Bandar Saujana Putra di kedua-dua arah di KM1.03 hingga KM16.2 serta di keseluruhan Lebuhraya DUKE.
Sazali berkata langkah itu berkuat kuasa pada Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula pada 6.30 hingga 9.30 pagi, dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.
Dalam pada itu, LLM turut menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan berkenaan apabila ia mula dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan berat
#lebuh raya
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#waktu puncak
#larangan masuk lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan