Skip to main content

Malaysia

Kenderaan elektrik sedang dicas dipercayai punca kebakaran rumah teres - JBPM

SHAH ALAM, 15 Jan -- Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar semasa sidang media selepas meninjau lokasi kebakaran melibatkan empat buah kilang termasuk kilang pemprosesan minyak di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting dekat sini hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahmad Mukhlis berkata tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 6.41 pagi. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras, di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik (EV) yang sedang dicas di foyer rumah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada 5.03 pagi.

Beliau berkata setibanya sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak ke lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah teres dua tingkat itu telah terbakar 100 peratus.

Ahmad Mukhlis berkata tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 6.41 pagi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement