Skip to main content

Malaysia

Kenderaan polis berhenti di kedai mamak waktu siang dikenal pasti

Sumber: Sinar Harian
Tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak di kawasan Sungai Buloh. - Sinar Harian

SUNGAI BULOH: Anggota yang terbabit dalam rakaman tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di sini pada Khamis lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Advertisement

"Anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

Rakaman tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai pandangan serta persepsi awam yang rata-ratanya menggesa agar siasatan dijalankan berhubung kejadian berkenaan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video