KUALA TERENGGANU: Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna menjadi antara punca kes baharu COVID-19 di Terengganu hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata kes itu melibatkan beberapa keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang balik ke Terengganu untuk menziarahi datuk yang meninggal dunia.
"Apabila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis kenduri tahlil. Bilangan ahli keluarga yang terlibat sekitar 45 orang. Akhirnya, 15 daripada mereka disahkan positif COVID-19.
"Dalam keluarga ini ada individu bergejala yang turut serta. Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi. Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri atau patuhi SOP sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan seperti ini," katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan 22 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri itu 110 kes.
Dr Nor Azimi berkata pertambahan kes COVID-19 akibat rentas negeri dan berkumpulnya ahli keluarga yang ramai bukanlah pertama kali terjadi kerana sebelum ini turut berlaku di Besut.
"Beberapa keluarga dari Kuantan, Pahang dan Johor balik menziarahi nenek mereka yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya, lima ahli keluarga dijangkiti COVID-19 termasuk nenek yang akhirnya meninggal dunia.
"Ada juga kisah jiran disahkan positif COVID-19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah. Oleh itu, ambillah iktibar dari kisah ini. Elak berkumpul sekeluarga beramai-ramai kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa COVID-19 dalam keluarga kita.
"Kita tidak pernah kata tidak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya. Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Kes itu melibatkan beberapa keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang balik ke Terengganu untuk menziarahi datuk yang meninggal dunia. - Gambar fail/ Bernama

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Wanita warga emas HK berputih mata, simpanan RM132 juta dilesap sindiket
Warga tua di Hong Kong, terutamanya yang kaya, sering menjadi sasaran penipuan menerusi panggilan telefon.

Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.

MIB perlu bersifat kontemporari dan lebih tersasar
Pelaksanaan MIB kali ini diharap akan memberi tumpuan terhadap usaha- usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar berbanding sebelumnya.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun-Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem.

Kereta terbakar, seorang parah, empat cedera ringan
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi ketika kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki dalam perjalanan ke Kamunting.

Pematuhan SOP | Penutupan bazar Ramadan diharap jadi pengajaran
Penutupan bazar Ramadan Tok Adis selama dua hari baru-baru ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam, kata ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kompaun RM10,000 terhadap masjid diharap jadi iktibar
Kompaun dikeluarkan selepas mendapati pengurusan masjid tidak mendaftarkan nama jemaah seperti ditetapkan dalam SOP.

Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.

Peminat serbu wad Siti Nurhaliza, netizen persoal SOP hospital
Semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan.

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tiada unsur aniaya pelajar dikompaun tidak pakai pelitup muka - Exco Perak
Tiada unsur penganiayaan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, semalam.

COVID-19: Pengarah Pendidikan Negeri tentukan penutupan sekolah, langkah sesuai - Tokoh Pendidikan Negara
Insiden penularan COVID-19 melibatkan pelajar sekolah sudah tentu membimbangkan ibu-bapa apabila beberapa buah sekolah ditutup

259 pelajar sekolah menengah di Kelantan positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu
Seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu yang dikesan positif COVID-19 di Kelantan adalah pelajar sekolah menengah, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussi

Kertas siasatan kes Neelofa, PU Riz diserah semula kepada TPR
Polis telah menyerahkan kertas siasatan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)

Perdana Menteri tunaikan solat Tarawih bersama penduduk kawasan Batu Caves
Muhyiddin yang tiba pada pukul 8.23 malam turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.