KUALA LUMPUR: Jabatan Pertanian Sabah merancang menjadikan Keningau, Sabah sebagai Lembah Buah-buahan yang memberi fokus kepada tanaman pisang, lemon dan avokado bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pertanian di negeri itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, projek itu bakal direalisasikan melalui pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Apin-Apin, Keningau yang dijadual siap tahun depan dengan peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sabah akan meningkatkan keluasan kawasan TKPM di negeri ini dengan pewujudan empat TKPM iaitu TKPM Sg. Koyah, Kinabatangan Fasa 2, Limbuak Banggi Kudat dan Ulu Bole Sipitang serta dua mini TKPM iaitu mini TKPM Ulu Bongawan dan Serudong, Kalabakan.
"Peningkatan jumlah TKPM dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan RMK13 ini akan dapat meningkatkan potensi pengeluaran hasil tanaman di Sabah selaku hab pertanian serantau," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad menjawab soalan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) yang bertanyakan mengenai langkah diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mengoptimumkan potensi Sabah sebagai hab pertanian serantau.
Sementara itu, Ahmad berkata bagi meningkatkan pelaksanaan pertanian pintar di Sabah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) melaksanakan pemindahan teknologi dalam pertanian moden seperti sistem penanaman secara fertigasi khususnya untuk tanaman rock melon, halia, cili, tomato dan tomato ceri kepada pegawai pengembangan, syarikat-syarikat swasta dan institut pengajian tinggi.
Bagi sektor ternakan pula, beliau berkata MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah berusaha melaksanakan pertanian pintar menerusi aplikasi teknologi dan kaedah penternakan terkini berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4).
"Antaranya dengan memperkenalkan sistem penternakan lembu secara integrasi di bawah perladangan kelapa sawit. Aplikasi teknologi moden seperti penggunaan tanda pengenalan Radio Frequency Identification (RFID) turut digunakan dalam sistem penternakan integrasi bagi meningkatkan kecekapan daya jejak dan pemantauan ternakan," katanya.
Beliau berkata selain itu, aktiviti penternakan lembu tenusu juga sedang berkembang pesat di Sabah sehingga menjadi antara negeri pengeluar utama susu segar di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Projek itu bakal direalisasikan melalui pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Apin-Apin, Keningau. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau
Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.
Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.
Tumpahan gam: Penduduk dinasihat tidak gunakan air Sungai Bariawa dan Pegalan
Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan air dari Sungai Bariawa dan Sungai Pegalan di sini susulan kejadian tumpahan gam.