awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
02:53 MYT
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Keadaan kenderaan remuk akibat bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau, malam tadi. - Foto PDRM/Sinar Harian
KENINGAU: Kenderaan pelbagai guna (MPV) hilang kawalan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda mengakibatkan dua beranak maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Apin tengah malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda yang membawa dua penumpang bergerak dari arah Kampung Apin-Apin menuju ke Keningau manakala pemandu MPV yang membawa enam lagi penumpang dari arah Keningau menuju ke Apin-Apin.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terpusing dan terbabas ke sebelah kiri dan kanan bahu jalan.
"Ekoran kejadian itu, pemandu MPV dan seorang penumpang iaitu anaknya telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang lain mengalami kecederaan parah.
"Pemandu pacuan empat roda dan adiknya turut parah dalam kejadian itu manakala seorang lagi rakan mereka cedera bahagian dada.
"Kesemua mangsa telah dihantar Hospital Keningau untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Yampil berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu MPV.
Keadaan kenderaan remuk akibat bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau pada malam tadi. - Foto PDRM/Sinar Harian
Keadaan kenderaan remuk akibat bertembung dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Apin, Keningau pada malam tadi. - Foto PDRM/Sinar Harian
"Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dua mangsa yang maut dikenali sebagai Masino Gelong, 45, manakala anaknya perempuannya, Claeryina Macthildis berusia tiga tahun.
Lima lagi ahli keluarga termasuk isterinya, Chelrina Philip, 33, bersama anak mereka, Camellia Mae, 11; Charlene Myra, 9; Mica Chelsino, 7; dan Mattheo Charbel, 2, dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua lagi mangsa parah dalam kenderaan pacuan empat roda iaitu pemandu Dale Cahilap, 40, dan adiknya Jayvie, 31, masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dada manakala rakan mereka Rafidah Justinus, 40, turut cedera dalam kejadian itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kenderaan hilang kawalan
#Keningau
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan