awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau

Bernama
Bernama
24/03/2024
01:30 MYT
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan MPV dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi. - Foto Bomba/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.22 tengah malam sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau tiba ke tempat kejadian 17 minit kemudian.
Isteri mangsa berusia 33 tahun dan empat anaknya berusia 2 hingga 11 tahun mengalami kecederaan parah, manakala tiga dewasa berusia 31 hingga 40 tahun dalam pacuan empat roda hanya cedera ringan.
"Pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
"Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pukul 2.30 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Keningau
#bapa dan anak perempuan maut
#JBPM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan