awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Apandi 'Malaysia tidak berminat dengan Batu Puteh' adalah salah - AGC

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/07/2018
10:49 MYT
Kenyataan Apandi 'Malaysia tidak berminat dengan Batu Puteh' adalah salah - AGC
Rekod menunjukkan penyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar, tegas Jabatan Peguam Negara
Kenyataan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar tempatan pada 1 Julai lepas, bahawa Malaysia tidak berminat dengan Pedra Branca atau Batu Puteh, adalah tidak benar, kata Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut AGC, Mohamed Apandi dalam temu bual itu telah menyatakan bahawa ICJ telah memfokuskan kepada surat bertarikh 1953, kepada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dihantar kepada Singapura, dan surat itu menyatakan Malaysia tidak berminat terhadap Batu Puteh.
“Beliau (Mohamed Apandi) menyatakan bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tersebut, dan disebabkan itu, Malaysia kalah dalam kes ini. Rekod menunjukkan penyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar,” tegas AGC.
AGC berkata, Malaysia telah menghujahkan perkara berhubung surat bertarikh 1953 secara terperinci di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan hujahan itu boleh didapati dalam ICJ Document CR 2007/30.
Ujar jabatan itu lagi, walaupun keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia, namun penghakimannya jelas menyatakan surat itu tidak bersifat konstitutif, dalam erti kata bahawa ia mempunyai kesan undang-undang terhadap Johor, iaitu Batu Puteh, sebaliknya ia merupakan maklum balas kepada satu pertanyaan.
“Oleh yang demikian, tidaklah benar sama sekali Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu,” kata AGC lagi.
Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan menarik diri daripada kes Batu Puteh daripada ICJ.
Di samping itu, ujarnya lagi, kerajaan sedang merancang untuk membina sebuah pulau kecil di Batuan Tengah yang terletak di Selat Singapura dan berhampiran dengan Pulau Batu Puteh.
BACA: Pulau Batu Puteh: Singapura dimaklumkan Malaysia tidak teruskan prosiding
BACA: 'Lebih baik tarik balik kes Batu Puteh' – Pakar
Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, AGC berkata Perdana Menteri telah diberi taklimat pada Mei lepas berhubung Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran bagi status Batu Puteh.
Namun, selepas mengambil kira pandangan serta kepentingan negara lain, termasuk implikasi kos, Dr Mahathir telah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding itu, dan keputusan itu turut dipersetujui Kabinet.
Namun, AGC menegaskan pihaknya tiada halangan bagi pliding bertulis untuk membolehkan Permohnan Semakan dan Permintaan Tafsiran itu diterbitkan untuk orang awam mengaksesnya.
Topic Berkaitan
#Batu Puteh
#ICJ
#Mahathir Mohamad
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Mohamed Apandi Ali
#Pedra Branca
#Singapura
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan