awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN susun lima kluster MADANI pacu agenda Negara Bangsa 2026
APG kembali dianjurkan di Nakhon Ratchasima selepas 18 tahun
Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang

Bernama
Bernama
20/01/2026
21:20 MYT
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Air banjir meliputi jalan Chibuto–Chaimite di wilayah Gaza, Mozambique, 17 Jan 2026. (Foto AP)
MAPUTO: Banjir besar akibat hujan lebat dan peningkatan paras air sungai menyebabkan beberapa jalan utama di selatan Mozambique tidak dapat dilalui, termasuk laluan penting lebuh raya utara-selatan negara itu, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan kerajaan, seksyen Xai-Xai-Chicumbane di Jalan Nasional No 1 dalam Wilayah Gaza kini terputus hubungan berikutan limpahan Sungai Limpopo. Gangguan itu menambah senarai penutupan jalan yang menyebabkan komuniti terputus hubungan selain menghalang pergerakan penduduk dan barangan.
"Situasi akibat hujan lebat dan kenaikan lembangan sungai kini berada pada tahap kritikal," menurut kenyataan itu yang turut memberi amaran bahawa paras air mungkin kekal tinggi untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Jurucakap kerajaan Inocencio Impissa menggesa penduduk di kawasan berisiko banjir supaya mematuhi arahan pemindahan dan panduan keselamatan.
"Antara 22 Disember 2025 hingga 19 Januari 2026, negara merekodkan 11 kematian berkaitan banjir. Sejak permulaan musim hujan pada Oktober 2025, angka korban meningkat kepada 106 orang, berpunca daripada pelbagai bahaya termasuk panahan petir, lemas, wabak kolera, renjatan elektrik, runtuhan dinding, pokok tumbang dan kebakaran," katanya.
Secara keseluruhan, hampir 600,000 orang terjejas di seluruh Wilayah Gaza, Wilayah Maputo dan Bandaraya Maputo. Wilayah Gaza mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 330,390 mangsa, manakala 264,291 lagi di Wilayah Maputo dan ibu negara.
Sementara itu, pihak berkuasa telah menubuhkan 60 pusat pemindahan sementara: 14 di Wilayah Gaza yang menempatkan 38,164 orang, 19 di Bandaraya Maputo (4,011 orang), manakala 27 lagi di Wilayah Maputo yang menampung 13,347 penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Operasi mencari, menyelamat dan menyampaikan bantuan sedang giat dijalankan dengan sokongan rakan kongsi nasional serta antarabangsa. Operasi itu kini melibatkan 14 bot, enam helikopter dan empat pesawat, namun kerajaan menyatakan bantuan tambahan masih amat diperlukan.
"Kerajaan Mozambique terus merayu bantuan tambahan disalurkan melalui mekanisme yang betul bagi memperkukuh usaha sedia ada," menurut kenyataan itu yang turut menyeru solidariti nasional dan kerjasama antarabangsa ketika masyarakat berdepan impak banjir terburuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Mozambique
#hujan lebat
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan