Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Rabu mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang:
Sokongan untuk anggota keluarga yang menaiki penerbangan MH370
"Kerajaan Malaysia menyedari pentingnya memberi maklumat yang tepat, terkini dan telah disahkan kepada anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370. Malaysia juga berusaha memastikan kerajaan-kerajaan yang rakyatnya menaiki pesawat MH370 diberikan taklimat sepenuhnya.
"Lebih ramai rakyat China menaiki MH370 berbanding negara lain. Malaysia menyedari tangggungjawabnya untuk memberikan Kerajaan China maklumat yang telah disahkan, yang ia boleh gunakan untuk memberi taklimat kepada anggota keluarga rakyat China yang menaiki MH370.
"Sejak MH370 hilang, Malaysia sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa China di pelbagai peringkat kerajaan untuk memastikan maklumat yang tepat dan disalurkan pada masanya. Sejak 8 Mac, Malaysia telah memberikan taklimat yang lengkap dan menyeluruh kepada anggota Kerajaan China seperti berikut:
* Zhang Yesui, Naib Menteri Hal Ehwal Luar China dan Duta Khas Kerajaan China.
* Huang Huikang, Duta China di Malaysia.
* Pegawai-pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).
* Pegawai-pegawai Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID).
* Anggota-anggota Tentera Udara China yang mempunyai kepakaran tertentu radar.
* Malaysia juga menghantar satu delegasi ke Beijing yang diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainudin, yang telah menemui rakan sejawatannya di China, Naib-naib Menteri Luar Negeri Zhang Yesui dan Liu Jian Chow.
Taklimat Rabu untuk anggota keluarga China
"Satu sesi taklimat khas telah diadakan pada Rabu untuk anggota keluarga rakyat China yang menaiki MH370. Taklimat itu berlangsung dari jam 10:00 hingga 13:00 di Hotel Bangi di Putrajaya.
"Sesi taklimat itu dikendalikan oleh Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke China.
"Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, telah memberikan kenyataan, yang dibaca seperti berikut:
"Saya faham anda mempunyai banyak soalan mengenai apa yang berlaku kepada orang kesayangan anda dan penerbangan MH370. Kami berada di sini untuk memberikan anda sebanyak mungkin maklumat, untuk membantu anda memahami mengapa dan bagaimana pasukan penyiasatan antarabangsa telah membuat kesimpulannya mengenai pergerakan MH370.
"Penyiasatan mengenai MH370 tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dengan sedikit petunjuk, para penyiasat dari seluruh dunia telah dipaksa menggunakan kaedah-kaedah baharu untuk mencuba dan memahami apa yang telah berlaku.
"Maklumat yang sedang kami siasat adalah maklumat terbaik yang kami ada. Kami menyusul semua bukti yang telah membawa kami dari Laut China Selatan hinggalah ke Selat Melaka; dari Laut Andaman hinggalah ke koridor Utara dan koridor Selatan; dan akhirnya ke Lautan Hindi.
"Saya mahu memberi jaminan kepada anda bahawa sepanjang operasi ini, kami telah melakukan segala-galanya berdasarkan bidang kuasa kami untuk mengesan MH370. Kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kami gigih berusaha dan menjalinkan kerjasama dengan semua pihak yang boleh membantu - termasuk mereka yang berada di sini.
"Kami akan memulakan taklimat teknikal sekarang.
"Taklimat teknikal diberikan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan pakar-pakar teknikal China.
"Turut hadir di taklimat ini, untuk membantu menjawab soalan-soalan daripada anggota keluarga ialah:
* Huang Huikang, Duta China di Malaysia;
* Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Dato Sri Rodzali bin Daud;
* Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis DiRaja Malaysia Datuk Huzir bin Mohamed;
* Timbalan Ketua Setiausaha III Kementerian Luar Negeri, Datuk Ibrahim Abdullah.
"Sesi taklimat ini telah disiarkan secara langsung kepada anggota keluarga mereka yang menaiki MH370, yang pada masa ini berada di Beijing.
Kehadiran Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Forum Pertahanan AS-ASEAN
"Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang menghadiri Forum Pertahanan AS-ASEAN di Hawaii.
"Pagi Rabu, Menteri berkenaan mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan Negara British, Phillip Hammond. Semasa panggilan itu, Setiuasaha Pertahanan Hammond telah mengesahkan bahawa British akan menghantar HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar dengan keupayaan sonar, untuk membantu operasi pencarian pelbagai negara bagi MH370.
Lawatan Perdana Menteri ke Perth
"Perdana Menteri Najib Razak dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada kira-kira 23:00 waktu tempatan pada Rabu 2 April.
"Perdana Menteri dijadual melawat pangkalan Tentera Udara Pearce pada pagi Khamis untuk menemui kakitangan yang terlibat dalam operasi pencarian pelbagai negara untuk MH370. Perdana Menteri juga akan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini pencarian itu.
"Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbot pada pagi Khamis."
Bernama
Thu Apr 03 2014
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.
MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.
MH370: Laporan Mesyuarat Tiga Pihak dibentang kepada Kabinet Rabu ini
Penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung.
MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.
MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
Laporan komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus Penerbangan MH370 selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan.
MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.
MH370: Dua pesawat Hercules C-130 TUDM tiba di Pangkalan TUDM
Kedua-dua pesawat membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai.