Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston memberitahu bahawa pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan mengambil masa lapan hingga dua belas bulan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di sini hari ini.

Angus berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.

Satu lagi sidang media akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini mengenai pencarian MH370.

Berikut ialah rakaman penuh sidang media berkenaan.