INSIDEN perobohan kuil Sri Maha Muniswarar di Taman Bersatu, Alor Setar pada 1 Disember 2020 mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penganut agama Hindu yang dilakukan Majlis Bandararaya Alor Setar.
Dipercayai, kuil itu sudah berusia hampir 50 tahun dan menjadi pusat menunaikan sembayang bagi penganut Hindu di kawasan setempat sejak sekian lama.
Apabila Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga pemimpin Pas dimohon untuk memberikan penjelasan, beliau memberikan alasan bahawa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tersebut kerana kuil itu dibina di kawasan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, malah pembinaannya tidak mengikut garis panduan struktur pembinaan yang dikawal selia oleh kerajaan negeri.
Ekoran daripada insiden tersebut, beberapa pemimpin masyarakat India meluahkan rasa tidak puas hati secara terang-terangan.
Tidak Adil
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran merupakan pemimpin yang pertama mempersoalkan tindakan tersebut. Beliau menyifatkan perobohon kuil itu sebagai satu langkah yang tidak adil, malah kurang bijak kerana tindakan tersebut menyakitkan hati masyarakat India.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengeluarkan kenyataan yang kurang beradab malah tidak masuk akal berhubung pendapat S A Vignesawaran.
Beliau mengesa agar MIC diharamkan, walaupun MIC merupakan sebuah parti komponen BN.
Malah dengan lantangnya, Muhammad Sanusi mengatakan bahawa MIC tidak seharusnya dibenarkan untuk bergerak bebas jika didapati menghasut orang ramai untuk melanggar undang-undang.
Kata-kata sinis Muhammad Sanusi terhadap MIC turut tular di media sosial; "Senior politician seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,".
Kata-kata tersebut dilihat sebagai sebagai satu cacian dan celaan serta penghinaan terhadap pemimpin MIC, termasuk Presiden MIC.
Persoalannya, apakah Tan Sri S A Vigneswaran tidak berhak untuk menyuarakan pendapatnya demi mempertahankan kepentingan kaum India?
Apakah pendirian beliau untuk mempertahankan hak komuniti India itu menyalahi undang-undang dan dianggap sebagai menghasut orang India?
Rentetan daripada kenyataan Muhammad Sanusi, komuniti India bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh negara menzahirkan perasaan amat kecewa.
Mereka berasa jelik dan tidak puas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin utama yang menerajui kerajaan Kedah.
Bahkan mereka menganggap beliau bukan sebagai ‘pemimpin berjiwa rakyat’ kerana tidak menjaga kepentingan dan sensitiviti kaum dengan membenarkan perobohan kuil-kuil di Kedah.
MIC sedar bahawa isu perobohan kuil ini berkaitan dengan isu undang-undang semata-mata dan bukannya isu perkauman atau diskriminasi terhadap sesebuah kaum seperti diperjelaskan oleh Muhammad Sanusi.
Namun, cara dan prosedur untuk merobohkan tempat suci yang melibatkan agama Hindu perlulah dilakukan dengan berhati-hati dengan menitikberatkan sikap tolak ansur dan mencari penyelesaian melalui rundingan atau muzakarah.
Lebih-lebih lagi pucuk kepimpinan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menekankan bahawa parti itu berpegang pada prinsip inklusif dan mengutamakan pendekatan menghargai, menghormati serta menerima baik amalan agama lain-lain.
Dalam erta kata lain, Muhammad Sanusi tidak seharusnya mabuk kuasa sebaliknya perlu mengubah sikap yang kurang prihatin dengan meneladani sikap keterbukaan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kaum-kaum lain.
Atas keperibadian beliau yang cukup tinggi, Allahyarham Nik Aziz dihormati dan disegani oleh semua kaum.
Ini menjadi kunci penting beliau berjaya menerajui kerajaan Kelantan selama hampir 20 tahun.
Lebih-lebih lagi Muhammad Sanusi perlu menghormati dan menghargai kepimpinan MIC yang sedia tampil ke hadapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama politik dengan Pas sebelum Muafakat Nasional (MN) dimeterikan.
Imbas Kembali
Pemimpin-pemimpin politik, terutamanya Muhammad Sanusi perlu mengimbas kembali peristiwa perobohan kuil Hindu di Kampung Jawa, Shah Alam yang berlaku pada Oktober 2007.
Meskipun langkah perobohan kuil tersebut dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, namun cara pengendalian perobohan kuil dengan menggunakan kekerasan tanpa mengambil kira sensitiviti penganut Hindu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti India terhadap kerajaan negeri.
Ekoran daripada tindakan tersebut, satu gelombang timbul untuk menentang kerajaan.
Ini dapat dilihat dengan tumbangnya kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008.
Pendirian tegas S A Vigneswaran terhadap perobohan kuil tersebut disambut baik dan mendapat sokongan padu daripada keseluruhan komuniti India.
Malah, mereka mengharapkan S A Vigneswaran, presiden parti yang menjadi pembela hak komuniti India sejak tahun 1946 untuk terus bersuara demi membela kepentingan komuniti dan agama mereka.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Dec 07 2020
MIC sedar bahawa isu perobohan kuil ini berkaitan dengan isu undang-undang semata-mata dan bukannya isu perkauman atau diskriminasi terhadap sesebuah kaum seperti diperjelaskan oleh Muhammad Sanusi. - Facebook/ @TjGraphy
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.