KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Demikian jelas Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Ujarnya, kenyataan Syed Saddiq itu juga tuduhan liar, tidak matang dan mempunyai agenda tersendiri.
"Kenyataan YB Syed Saddiq dengan sewenangnya menuduh pendakwaan ke atasnya disebabkan keengganan menyertai dan menyokong parti Perikatan Nasional amat mengecewakan.
"Ini merupakan satu tuduhan yang liar, tidak matang dan tidak berasas yang jelas mempunyai agenda tersendiri. Seumpama pepatah Melayu: 'Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket'.
"Pemuda Perikatan Nasional sentiasa berpegang pada konsep budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), beretika dan politik khidmat bakti," jelasnya.
Mengulas mengenai pertuduhan yang dihadapi bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, ujar Khairil, Pemuda PN sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang.
"Pemuda Perikatan Nasional maklum mengenai YB Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan, yang telah dituduh atas dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah dana Armada Malaysia berjumlah RM1 juta dan kesalahan penyalahgunaan wang sumbangan kempen PRU14 sebanyak RM120,000.
"Pemuda Perikatan Nasional sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan bersalah," jelasnya lagi.
Malah Pemuda PN tambah Khairil, menjunjung dan amat yakin dengan ketelusan dan intergriti Institusi Kehakiman yang menjadi medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan dan membuktikan diri tidak bersalah.
Terdahulu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pecah amanah dibawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan membabitkan lebih RM1.1 juta.
Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi Khamis.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM330,000.
[LAPOR LANGSUNG] Syed Saddiq mengaku tidak bersalah 2 tuduhan pecah amanah
Fareez Azman
Thu Jul 22 2021
Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata kenyataan Syed Saddiq terhadap Kerajaan Perikatan Nasional disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas, tidak matang dan mempunyai agenda tersendiri. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Kes abai Zayn Rayyan: AGC tolak permohonan ibu bapa semak pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu dikekalkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS - Hakim
Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.