awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepakaran dan keupayaan kriteria utama anggotai Esscom

Bernama
Bernama
08/04/2013
23:31 MYT
Kepakaran dan keupayaan kriteria utama anggotai Esscom
Keupayaan dan kepakaran menjadi keutamaan kepada pemilihan pegawai dan anggota untuk diserap di bawah struktur organisasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kriteria itu diutamakan bagi memastikan mereka yang dilantik dalam ESSCOM mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan peranan masing-masing.
Beliau berkata keupayaan dan kepakaran selain ditambah dengan pengalaman tugas mereka menjadi aset penting dalam menganggotai ESSCOM.
"Sebagai sebuah organisasi baharu dan berperanan penting dalam keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sudah tentu memerlukan mereka yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan," katanya kepada Bernama Isnin.
Mohammad berkata beliau menghantar pemohonan perjawatan ESSCOM itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.
"Saya yakin pihak JPA akan meluluskan permohonan perjawatan itu dengan segera bagi mengeluarkan waran perjawatan untuk ESSCOM," katanya sambil menambah pegawai dan anggota yang akan dilantik itu termasuk calon tempatan.
Struktur perjawatan itu membabitkan empat bahagian di bawah ESSCOM -- Pertahanan; Keselamatan dan Ketenteraman Awam; Awam; dan Risikan Bersama -- yang diketuai pengarah setiap bahagian dan jawatan lain di bawahnya melibatkan 30 hingga 40 jawatan.
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan Risikan Bersama masing-masing diketuai pegawai kanan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Pertahanan diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bahagian Awam diketuai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Mohammad berkata beliau telah menerima nama pegawai dan anggota untuk diletakkan di bawah ESSCOM daripada PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan JPA.
"Saya kini menunggu senarai nama daripada ATM dan difahamkan mereka telah mengenal pasti calon yang sesuai," katanya.
Topic Berkaitan
#anggota
#ESSCom
#Mohammad Mentek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan