awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepatuhan gaji minimum diketahui akhir Februari - Kula Segaran

Bernama
Bernama
18/01/2020
11:59 MYT
Kepatuhan gaji minimum diketahui akhir Februari - Kula Segaran
Kula Segaran pada 13 Jan lepas berkata gaji minimum RM1,200 akan dilaksanakan pada 1 Feb bagi pekerja di wilayah bandar utama. - Gambar fail
Kepatuhan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan hanya akan diketahui pada akhir Februari ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata ini kerana kadar berkenaan yang akan dilaksanakan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran akan berkuat kuasa pada 1 Feb dan kepatuhan majikan hanya dapat diketahui pada akhir bulan iaitu semasa pembayaran gaji.
"Ia akan mula efektif pada 28 Februari atau 1 Mac iaitu pada hari pembayaran gaji nanti, jadi selepas itu baru kita tahu ia dipatuhi atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Cahaya Ilmu: Bantuan Pendidikan Pelajar di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini, hari ini.
Kula Segaran pada 13 Jan lepas berkata gaji minimum RM1,200 akan dilaksanakan pada 1 Feb bagi pekerja di wilayah bandar utama bagi membantu mereka yang berdepan kos sara hidup yang tinggi, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama.
Berhubung program hari ini, beliau berkata sebanyak 941 pelajar pelbagai peringkat umur daripada 452 keluarga di Perak menerima sumbangan bantuan kewangan membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM270,000.
Kula Segaran berkata program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu merupakan usaha membantu meringankan beban pendidikan keluarga kurang berkemampuan selain menggalakkan mereka menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
"Sumbangan kali ini berlainan daripada kebiasaan kerana kita tidak beri sepenuhnya wang sumbangan kepada keluarga atau pelajar sebaliknya sebahagian daripada wang sumbangan itu akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bagi menggalakkan mereka menabung," katanya.
Dalam pada itu, Kula Segaran menyarankan ibu bapa supaya menabung demi masa depan pendidikan anak-anak di samping memupuk nilai semangat berjimat seterusnya meningkatkan kesejahteraan keluarga dan memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih cemerlang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#Kementerian Sumber Manusia
#M Kula Segaran
#Menteri Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan