awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepelbagaian budaya etnik di Sabah perlu dimartabatkan - Hajiji

Bernama
Bernama
22/08/2022
00:45 MYT
Kepelbagaian budaya etnik di Sabah perlu dimartabatkan - Hajiji
Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS), Datuk Seri Hajiji Noor (tiga, kanan) menyempurnakan gimik perasmian Pusat Kebudayaan PRBSS di Kampung Lok Batik. - Foto BERNAMA
TUARAN: Kepelbagaian suku kaum etnik yang terdapat di Sabah perlu dimartabatkan sebagai warisan khazanah budaya dan tinggalan kepada generasi yang akan datang,kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata kepelbagaian itu dapat dilihat apabila terdapat kira-kira 30 etnik dan 200 subetnik di Sabah yang perlu dipelihara khususnya dalam usaha mempromosikan budaya masing-masing.
"Ini adalah salah satu inisiatif dalam hala tuju Sabah Maju Jaya, kita kena martabatkan semua bangsa di Sabah ini terutama dalam usaha dalam mempromosikan budaya mereka selain untuk cucu cicit kita di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) di Kampung Lok Batik di sini pada Ahad, dan antara yang turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
Terdahulu Hajiji yang juga Presiden PRBSS dalam ucapannya berkata pusat kebudayaan itu akan mampu menyumbang kepada kebanggaan dan kemajuan sosiobudaya etnik Bajau Sama di negeri ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Sulaman berkata pusat kebudayaan PRBSS itu dibina di kawasan seluas 1.42 hektar siap pada Julai lepas dengan peruntukkan sebanyak RM7.5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ronald Kiandee
#suku kaum etnik
#warisan khazanah budaya
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan