awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepengerusian ASEAN 2025: Pelbagai agenda akan dilaksana – Dr Zaliha

Bernama
Bernama
01/01/2025
01:00 MYT
Kepengerusian ASEAN 2025: Pelbagai agenda akan dilaksana – Dr Zaliha
Dr Zaliha (tiga dari kanan) menyaksikan pertunjukan Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2024 serta sambutan Tahun Baharu 2025 di Dataran Putrajaya, malam tadi. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Pelbagai agenda akan dilaksanakan Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi berkaitan sempena peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Dataran Putrajaya malam tadi, beliau berkata, agenda berkenaan juga merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Kita akan memperincikan apakah agenda berkenaan. Nanti akan ada pertemuan dengan pimpinan tertinggi Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya untuk melihat keutamaan yang akan diberikan untuk tahun 2025," katanya.
Dr Zaliha berkata, agenda C.H.A.S.E City juga akan menjadi keutamaan tahun ini, dengan melihat kepada keterangkuman daripada semua dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini.
C.H.A.S.E City merupakan visi Dr Zaliha dalam menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai CHASE iaitu Clean City (bandar bersih), Healthy City (bandar sihat), Advanced City (bandar maju), Safe City (bandar selamat) dan Eco Friendly City (bandar mesra alam).
Terdahulu, Dr Zaliha bersama-sama lebih 30,000 hadirin menyaksikan Festival LAMPU2024 iaitu persembahan pemetaan cahaya mega dan turut bersama-sama mengira detik menyambut kedatangan tahun 2025 yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api serta persembahan artis tempatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kepengerusian ASEAN 2025
#Malaysia
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan