awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
24/10/2024
05:15 MYT
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Dr. Zaliha Mustafa berkata keutamaan ini juga mengambil kira status Kuala Lumpur yang bukan sahaja berperanan sebagai pintu masuk utama negara, tetapi juga sebagai ibu negara dan pusat ekonomi serantau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung 11 Okt lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata keutamaan ini juga mengambil kira status Kuala Lumpur yang bukan sahaja berperanan sebagai pintu masuk utama negara, tetapi juga sebagai ibu negara dan pusat ekonomi serantau.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memikul tanggungjawab untuk memastikan keindahan dan kesejahteraan ibu kota terpelihara, terutamanya dalam persiapan bagi penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Kesiapsiagaan menghadapi banjir memerlukan pendekatan bersepadu yang melibatkan kerjasama bukan hanya daripada DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan, tetapi juga agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, serta SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai tahap kesiapsiagaan Kuala Lumpur bagi menghadapi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan sepenuhnya dan berpotensi menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara-acara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Pengerusi ASEAN
#DBKL
#persediaan banjir
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan