KUALA LUMPUR: Keperitan hidup yang dilalui pemain dram kumpulan muzik terkenal Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, setelah lebih setahun pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19 mendapat perhatian kerajaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya akan memastikan permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebelum ini pernah dimohon Fendy, diuruskan dalam kadar segera.
"Saya akan bawa pegawai DBKL untuk proses permohonan ini dan diselesaikan secepat mungkin... rumah yang disewa ketika ini RM1,300 sebulan.
"Beliau sebelum ini merupakan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sejak tahun 2019 disebabkan pendapatan yang melebihi daripada sepatutnya, beliau tidak dapat bantuan itu secara berterusan dan dihentikan," katanya selepas melakukan kunjungan ke kediaman Fendy di sini, hari ini.
Rina berkata, bagaimanapun dalam keadaan pandemik kini, ramai yang terjejas termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).
"Kerajaan tidak meminggirkan OKU dan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ada pakej bantuan untuk OKU terjejas pendapatan iaitu bantuan RM500 sebulan selama tiga bulan berturut-turut melibatkan peruntukan RM30 juta.
"Saya juga sudah berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk bantuan melalui Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) dan Dana Kreatif Malaysia kepadanya. Sukarelawan akan memantau kelangsungan hidup bapa tunggal itu dengan anak perempuannya Nur Azalea Zafirah berusia 6 tahun," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut melawat Fendy berkata, pihaknya akan membantu Fendy untuk menjana semula pendapatan melalui sistem "freelance" ekonomi yang dibina bersama KKMM di bawah program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi myGIGI dan Glow.
"Kita akan raih sumbangan secepat mungkin bagi membeli set dram elektrik untuk beliau mencari nafkah hidup secara dalam talian," katanya.
Dua set dram yang sebelum ini menjadi punca mata pencarian Fendy telah dijual sebagai usaha untuk menampung perbelanjaan harian termasuk perbelanjaan anaknya yang juga OKU penglihatan,
Fendy berkata: "Dua set dram kesayangan yang dibeli sekitar RM4,500 terpaksa dijual pada harga RM1,500, RM2,000 selepas duit simpanan yang digunakan semakin berkurang, saya agak terbeban untuk tampung sewa rumah, bil utiliti dan sebagainya sejak Januari 2020 bila tiada lagi persembahan dan hanya menggunakan duit simpanan untuk kelangsungan hidup.
Sekarang saya ada buat 'busking' secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Facebook dan YouTube dan ini juga antara usaha untuk jana pendapatan setakat apa yang saya mampu, kalau saya celik sudah tentu saya buat Foodpanda atau Grabfood," katanya.
Semalam, tular sebuah video yang telah dimuat naik ke laman media sosial memaparkan pemuzik ini yang membuat pemakluman kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai bebanan yang sedang ditanggung dirinya untuk menyara anak perempuannya berikutan pandemik COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kiri) berkunjung ke kediaman Fendy Caliph Buskers pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Keperitan hidup Fendy Caliph Buskers dapat perhatian kerajaan
"Kalau saya celik sudah tentu saya buat Foodpanda atau Grabfood," kata Fendy Caliph Buskers.