KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pada masa sama, tindakan pembendungan perlu terus dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan jumlah kes wabak itu kepada seminimum mungkin atau sifar kes melalui PKPB.
"Kerajaan mengambil maklum perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi dalam tempoh penularan COVID-19. Atas sebab itu, SOP (prosedur operasi standard) sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa dan ditambah baik serta bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat.
"Ia bertujuan untuk memberikan keseimbangan kelangsungan hidup rakyat dengan membolehkan aktiviti sosial dan meningkatkan produktiviti ekonomi serta pada masa sama kita dapat melawan virus COVID-19 ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Mohd Redzuan berkata, tidak wujud isu untuk memberi kelonggaran kepada peniaga di Sabah semasa tempoh PKPB memandangkan semua sektor ekonomi di seluruh negara dibenarkan beroperasi.
"Sebagai contoh, semua premis perniagaan makanan di negeri itu dibenar beroperasi untuk aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis sepanjang PKPB dilaksanakan. Kebenaran beroperasi restoran dan kedai makan ini tertakluk kepada SOP bagi membudayakan normal-normal baharu dan mematuhi protokol kesihatan awam," katanya.
Mengenai cadangan mengurangkan jumlah menteri dan timbalan menteri sebagai langkah penjimatan, Mohd Redzuan berkata, tiada keperluan untuk bertindak demikian memandangkan bilangan menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berbeza sedikit berbanding pentadbiran Pakatan Harapan.
"Kerajaan juga telah memutuskan semua anggota pentadbiran meliputi Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri menyumbangkan bukannya 10 peratus daripada gaji tetapi sebanyak dua bulan gaji mereka kepada Tabung COVID-19 untuk membantu pihak yang terjejas akibat penularan wabak itu.
"Kerajaan juga mengalu-alukan semua pihak termasuk Ahli Parlimen seperti cadangan (Ahli Parlimen) Pandan untuk tampil membantu dan menyumbang dalam apa cara kapasiti mereka bagi meringankan beban rakyat dalam mendepani wabak COVID-19 serta bagi memulihkan ekonomi negara," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Selain mengkaji keperluan teruskan PKPB, kerajaan juga akan mengambil tindakan pembendungan bagi mencegah dan mengurangkan jumlah kes COVID-19, kata Mohd Redzuan. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Ahli politik tanam pokok ganja di rumah ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6589197031611319889674/1886817_34973804091611320339309_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda. - 18 kes kematian pada Jumaat, 3,631 kes baharu dilaporkan. - Kemusnahan Hutan Simpan Segari, pemaju gagal kemuka notis mula projek kuari. - Jual dadah diproses sendiri, bekas calon PRU-14 ditahan polis. #Darurat #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

Kedai kopi mini jadi trend di China
Kedai kopi mini kini makin menjadi pilihan pelanggan di China kerana konsepnya yang mudah bagi menikmati minuman kegemaran mereka itu. Operasinya juga fleksible kerana hanya memerlukan ruang yang kecil di kawasan tumpuan ramai sementara pelanggan boleh berkongsi meja untuk makan dan minum.

KDNK Tibet meningkat 7.8 peratus tahun 2020
Wilayah Autonomi Tibet, China menunjukkan prestasi memberangsangkan bagi tahun 2020 dengan keluaran dalam negara kasarnya meningkat 7.8 peratus berbanding 2019 sementara jangka hayat penduduk juga semakin panjang iaitu 71.1.

Trak bawa bahan letupan meletup, lima maut
Sebuah trak yang membawa bahan letupan, meletup di sebuah kuari di selatan India mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Kesemua 10 negara anggota ASEAN menyatakan kesediaan mereka dalam merealisasikan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

COVID-19 | Rekod kematian di Jerman lepasi 50,000
Jumlah kematian akibat COVID-19 di Jerman terus catat peningkatan dengan lebih 50 ribu mangsa, meskipun jumlah jangkitan baharu menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu lalu.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Letupan lombong | 15 hari lagi sebelum pelombong diselamatkan
Sekumpulan pekerja yang terperangkap dalam lombong emas bawah tanah di China sejak 10 Januari lalu mungkin perlu menunggu 15 hari lagi sebelum diselamatkan.

Gangguan bekalan air libatkan 32,018 akaun di Kelantan
Sebanyak 32,018 akaun akan mengalami gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan merangkumi empat jajahan dijangka bermula hari ini hingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun
Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Perkhidmatan klinik pakar secara bersemuka di Hospital Miri ditangguhkan
Semua perkhidmatan klinik pakar secara bersemuka di Hospital Miri ditangguhkan selama lima hari bermula 25 Januari 2021 sehingga 29 Januari 2021.

Malaysia catat kematian baharu tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu
Malaysia merekodkan 18 kes kematian baharu iaitu tertinggi yang pernah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 korban.

KKM tubuh 213 Pusat Penilaian COVID-19 - Dr Adham
CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

COVID-19: SOP baharu upacara pengebumian di Sarawak
JPBNS menetapkan garis panduan baharu berhubung jumlah kehadiran ke upacara pengkebumian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Guru positif COVID-19, kolej KTETF di Melaka diarah tutup
Arahan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga Khamis depan.

COVID-19: Wanita dalam bidang teknologi percaya 'lockdown' halang perkembangan kerjaya - Tinjauan
Wanita daripada bidang teknologi di Asia Tenggara percaya persekitaran kerja yang saksama adalah terbaik untuk perkembangan kerjaya.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.