awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran

Bernama
Bernama
17/04/2018
22:43 MYT
Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran
Tunku Imran percaya kontinjen negara yang akan beraksi pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia akan mampu meraih keputusan positif. - Gambar fail
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang tidak akan mempertahankan jawatannya itu pada mesyuarat agung badan induk tersebut pada 5 Mei ini, menasihatkan kepimpinan baharu MOM agar mengekalkan elemen penting dalam mencapai kejayaan iaitu kerja berpasukan.
Tunku Imran berkata elemen tersebut perlu dijadikan sebagai budaya jika kepimpinan baharu MOM mahu memastikan setiap agenda dan perancangan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.
Beliau berkata kerja berpasukan juga akan memberi impak terhadap usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara di pentas antarabangsa.
"Saya berharap kepimpinan baharu ini memahami bahawa banyak pengorbanan peribadi perlu dilakukan apabila memegang jawatan itu. Anda bukan bekerja untuk diri sendiri tetapi anda sebenarnya bekerja untuk kemajuan sukan dan atlet.
"Nasihat saya, kerja sebagai satu pasukan. Saya berpendapat perkara itu penting bagi kepimpinan baharu yang ingin menghasilkan keputusan positif sama ada dari segi prestasi di padang atau program pendidikan dan sebagainya sebagaimana dilakukan MOM sekarang," katanya.
Beliau berkata demkian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Tunku Imran percaya kontinjen negara yang akan beraksi pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia akan mampu meraih keputusan positif.
"Saya sentiasa optimis dan bagi saya, selagi atlet melakukan terbaik, cuba yang terbaik, berjuang untuk negara dan tahu tanggungjawab mereka, saya gembira. Saya optimis dan tidak memandang rendah keupayaan atlet kita," katanya.
Sementara itu, Tunku Imran berkata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyatakan hasrat melepaskan peranannya sebagai Timbalan Chef-de-Mission negara ke Sukan Asia 2018 bagi memberi fokus terhadap tugasnya selaku pegawai sukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jawatan
#kepimpinan baharu
#kerja berpasukan
#Majlis Olimpik Malaysia
#mesyuarat agung
#MOM
#pengorbanan
#Sukan Asia
#Tunku Imran Tuanku Ja'afar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan