Antara yang mendapat perhatian di laman sosial hari ini adalah kisah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, yang mencuri tumpuan selepas membantu mangsa kemalangan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Netizen berkongsi gambar dan cerita sikap ambil berat Saravanan di tempat kejadian, di mana beliau dilaporkan membantu mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Menurut laporan beberapa media, Saravanan ketika itu dalam perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson.

Pengguna laman sosial memuji keprihatinan Saravanan, apatah lagi ini bukanlah kali pertama beliau dirakamkan membantu mangsa kemalangan.

YB Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, membantu mangsa kemalangan jalan raya mendapat perhatian akhbar Utusan dan Kosmo

Posted by KBSMalaysia on


Sikap keprihatinan M. Saravanan selaku Timbalan Menteri Belia Dan Sukan membantu mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit dalam kereta di Lebuhraya Seremban-Port Dickson ini harus dicontohi (y)

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on


YB Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Seremban -Port...

Posted by Angah Adi on

September lalu, beliau membantu seorang penunggang motosikal yang cedera dalam satu kemalangan.

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan menyebabkan empat penumpangnya tersepit.

Semua mangsa dilaporkan hanya cedera ringan dan telah menerima rawatan di hospital.