awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa ditentukan Jumaat ini

Khalis Khadir
Khalis Khadir
25/03/2025
11:05 MYT
Keputusan ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa ditentukan Jumaat ini
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli dengan ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah sambil mengacukan pistol ke arah mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Nasib seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021 akan ditentukan pada 28 Mac ini.
Keputusan kes membabitkan Chung Chee Yang, 47, dijadualkan di Mahkamah Majistret Klang di hadapan Hakim Siti Zubaidah Mahat pada jam 9 pagi.
Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada 22 April 2021 dengan lima pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menakutkan secara jenayah Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dengan mengacukan pistol dan mengugut hendak menyebabkan kecederaan parah.
Kesalahan ini didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia juga menghadapi dua pertuduhan bersubahat dengan Hin Voon untuk mencederakan Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam menggunakan rotan.
Selain itu, tertuduh sebelum ni turut disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Topic Berkaitan
#pengawal peribadi
#kes berpuasa
#mahkamah
#Chung Chee Yang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan