KUALA LUMPUR: Keputusan kes bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang didakwa atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 23 Jun depan.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
"Pihak kami menerima e-mel daripada mahkamah pada 3 petang semalam. Mahkamah memberikan tarikh baharu untuk keputusan pada 23 Jun ini, pukul 3 petang," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi juga mengesahkan perkara tersebut.
Pada 6 April lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob menetapkan hari ini untuk keputusan di akhir kes pendakwaan bagi memutuskan sama ada Rozman perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya.
Pada 6 Mac lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 24 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 11 Ogos tahun lepas.
Rozman, 59, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Keputusan kes Rozman Isli yang didakwa atas pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 23 Jun. - Gambar BERNAMA

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.
Filipina keluar amaran kesihatan
Asap tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat dan mengeluarkan amaran kesihatan yang didakwa disebabkan kegiatan aktif gunung berapi.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

Saksi nafi tipu beri keterangan dalam kes rasuah Lim Guan Eng
Seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menipu semasa memberi keterangan dalam kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng.

Kes Zahid: 'Tidak adil MUDA ancam tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kuasa untuk membuat keputusan terbabit bukan berada di tangan beliau.

Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan
Gerakan menuntut agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan sebab penarikan 47 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid
Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan mengeluarkan kenyataan membabitkan keputusan kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah
Nurulhidayah memanjatkan kesyukuran selepas bapanya, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Keputusan mahkamah bukti pertuduhan bermotif politik - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa dibebaskan terhadap pertuduhan dihadapinya jelas membuktikan pendakwaan yang dibuat bermotifkan politik.

Zahid tidak suka nama disebut sebagai pemberi sumbangan - Saksi
Bekas Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka memberitahu Mahkamah Tinggi Ahmad Zahid tidak suka namanya disebut sebagai pemberi sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Zahid Hamidi beri pelaburan RM10 juta, bukan pinjaman - Datuk K
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi dana RM10 juta daripada Ahmad Zahid kepada Datuk Wasi Khan bukan berbentuk pinjaman.