Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) akan memutuskan status penjaga gol utama skuad negara, S. Kumar, yang disahkan positif doping, selewat-lewatnya, 5 April ini, menurut Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata FIH akan memutuskan sama ada Kumar perlu menjalani sesi pendengaran atau terus dijatuhi hukuman berhubung kes doping berkenaan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh FIH menerusi e-mel kepada MHC semalam.
"FIH mempertimbangkan keputusan dan akan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 21 hari mulai tarikh penerimaan surat rasmi semalam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menerima sistem analisis prestasi sukan khusus bagi keperluan skuad hoki negara daripada Institut Sukan Negara (ISN) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Kumar didapati positif menggunakan bahan terlarang sibutramine oleh Agensi Antdoping Dunia (WADA) ketika beraksi pada saingan Piala Asia di Dhaka, Oktober lalu yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara.
Subahan berkata beliau berharap kes membabitkan penjaga gol berusia 38 tahun itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin bagi membolehkan Kumar kembali menjalani latihan bersama Malaysian Tigers bagi menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 15 2018
Kumar didapati positif menggunakan bahan terlarang sibutramine beraksi pada saingan Piala Asia di Dhaka, Oktober lalu, yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara. - Gambar fail
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400kg
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan ia rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding tahun pra-pandemik 2019.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
‘Saya terkejut bila mula dapat tahu sangkut doping’ - Kumar
Kumar positif bahan terlarang jenis sibutramine ketika menggalas cabaran The Speedy Tigers pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.
Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah AADK.
Jangan guna bahan terlarang untuk berjaya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan mahu semua atlet terutama daripada sukan angkat berat, agar tidak menggunakan jalan singkat dengan penggunaan bahan terlarang untuk meraih kejayaan.
Sukma MSN: Tiga kes positif doping babitkan atlet angkat berat - Adamas
Ujian antidoping itu dilakukan di luar pertandingan terhadap atlet-atlet sebelum bertanding dalam temasya itu.
Olimpik Musim Sejuk: ITA sahkan Valieva positif bahan terlarang
Atlet berusia 15 tahun itu membantu pasukan luncur ais Jawatankuasa Olimpik Rusia memenangi pingat emas Isnin lalu.
'Saya tidak ambil bahan terlarang, merokok pun tidak' - ADUN Pasir Bedamar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang.
Dua atlet angkat berat positif doping digantung serta-merta - PABM
PABM akan memberikan kerjasama penuh kepada panel pendengaran serta siasatan yang akan ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Adamas.
Olimpik: 90 peratus atlet Malaysia telah diuji, bebas doping - Adamas
Setakat ini seramai 27 daripada 30 atlet selesai menjalani ujian anti-doping sebelum bertolak ke Jepun.