awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan

Bernama
Bernama
02/05/2024
07:50 MYT
Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan
Jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan sedang menyiapkan laporan interim itu dan siasatannya akan mengambil masa dalam tempoh 30 hari. - Gambar fail/ Bernama
MELAKA: Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata pihak jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan sedang menyiapkan laporan interim itu dan siasatannya akan mengambil masa dalam tempoh 30 hari.
" ... kita tidak mahu membuat sebarang andaian dan spekulasi (mengenai kejadian nahas itu). Insya-Allah, kita akan tahu sebenar-benarnya (apabila laporan siap) dan selepas itu, siasatan akan mengambil masa 30 hari bekerja untuk kita tahu punca insiden," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan majlis beramah mesra bersama warga Kem Terendak di Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini, yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizzuddeain Jantan.
Media sebelum ini melaporkan Jemaah Menteri telah berbincang dengan mendalam mengenai insiden nahas helikopter yang berlaku di Pangkalan TLDM, Perak dan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh dalam tempoh sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#helikopter TLDM
#punca kejadian
#laporan nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan