awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan penempatan 2,611 guru kontrak perkhidmatan dikeluarkan 3 petang hari ini

Bernama
Bernama
15/07/2022
06:10 MYT
Keputusan penempatan 2,611 guru kontrak perkhidmatan dikeluarkan 3 petang hari ini
Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Radzi berkata semakan penempatan boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara kontrak perkhidmatan (CoS) boleh disemak mulai 3 petang hari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Radzi berkata semakan penempatan boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my.
Beliau berkata penempatan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara sekali pengambilan (one-off) yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.
"Sepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran," katanya.
Radzi berkata Kementerian Pendidikan sentiasa berikhtiar bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.
"Selamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu ini yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.
"Kepada guru-guru baharu, tahniah saya ucapkan. Laksanakan amanah dan berikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#kontrak perkhidmatan
#Radzi Jidin
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan