awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PRK gambaran ketidakpuasan hati rakyat?

Shafizan Johari
Shafizan Johari
07/03/2019
09:04 MYT
Keputusan PRK gambaran ketidakpuasan hati rakyat?
Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Nur Syahirah Abdullah sibuk membuat persiapan menjelang PRK Seri Setia September tahun lalu. Foto BERNAMA
PILIHAN raya kecil tidak boleh dianggap sebagai referendum terhadap kerajaan, jelas Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff.
Menurut beliau, sekiranya keputusan ini mahu diambil kira sebagai suara hati rakyat secara keseluruhan ia perlulah diterjemah kepada keputusan yang besar.
Apapun Dr Rais mengakui keputusan pada PRK DUN Semenyih dan Parlimen Cameron Highlands memperlihatkan keinginan besar pengundi yang mahukan pembaharuan yang tulen.
"Ia berikutan perubahan dalam pentadbiran dan ditambah dengan menteri yang tidak berpengalaman yang hanya berminat dengan kereta terbang, maka pengundi tidak takut untuk terjebak dengan kempen seperti 'Malu Apa Bossku' kerana berasa tidak puas hati," katanya dalam ruangan Kolumnis AWANI.
Beliau juga mempertahankan bahawa sokongan rakyat terhadap kempen 'Malu Apa Bossku' tidak boleh dilihat sebagai sokongan seluruh negara.
"(Jika ia diperlihatkan sebagai sokongan) maka ia merupakan usaha UMNO dan Pas untuk meraikan 'meme' ini.
Sementara itu, Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Wan Agyl Wan Hassan bagaimanapun mempertahankan bahawa keputusan PRK masih boleh jadikan ukuran keberkesanan polisi kerajaan persekutuan dan negeri terhadap kawasan-kawasan tersebut.
"Jika dilihat kepada keputusan-keputusan bermula dari PRK Sungai Kandis, sudah nampak trend sokongan rakyat kepada kerajaan yang kian berkurangan dan kita akan lihat perkembangan trend ini di Rantau dan beberapa lagi PRK yang bakal berlaku," jelasnya.
Beliau juga mempertahankan slogan 'Malu Apa Bossku' yang katanya, walaupun tidak boleh dilihat sebagai sokongan nasional, tetapi ia mewakili ekspresi rakyat, yang disalurkan menerusi Datuk Seri Najib Razak.
Begitupun, bagi penganalisis politik Universiti Malaya Professor Madya Hamidin Abdul Hamid perkara yang sepatutnya diambil berat ialah mengenai isu-isu mengenai agama dan kaum yang dibangkitkan semasa PRK Semenyih.
"Setakat ini Pakatan Harapan (PH) tidak menyediakan naratif alternatif untuk membidas naratif UMNO dan Pas dalam isu ini," jelasnya kepada Astro AWANI.
"PH perlu menjawab isu ini secara jelas dan tegas serta tampil dengan naratif yang melambangkan Malaysia Baharu," katanya.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#PAS
#pemuda
#Pemuda UMNO
#politik
#Rais Husin
#Referendum
#Semenyih
#sungai kandis
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan