awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan ke universiti awam diumum 6 Ogos

Bernama
Bernama
02/08/2024
06:46 MYT
Keputusan rayuan ke universiti awam diumum 6 Ogos
Mustapha berkata keputusan boleh disemak melalui portal UA dan Aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah bermula 7 hingga 15 Ogos.
PUTRAJAYA: Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak bermula Selasa depan (6 Ogos) hingga 15 Ogos.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata keputusan boleh disemak melalui portal UA dan Aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah bermula 7 hingga 15 Ogos.
"Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berusaha untuk pastikan bahawa yang terbaik dapat tempat. Ini adalah selaras arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu jangan ada pelajar cemerlang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti," katanya.
Beliau berkata KPT menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah sebanyak 9,459.
"Bilangan program dibuka untuk rayuan adalah 246 program dengan 13 program temu duga. Harap yang ditemu duga tampil diri sebaik mungkin untuk dapat perhatian panel penemuduga," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata calon yang tidak berjaya dalam proses rayuan, boleh memohon kemasukan ke universiti swasta atau melanjutkan pelajaran bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).
"Jangan anggap TVET sebagai pilihan kedua kerana TVET ada kebolehpasaran yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rayuan ke universiti awam
#UPUOnline
#lepasan spm
#Mustapha Sakmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan