PUTRAJAYA: Keputusan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik ditetapkan semula pada 5 Ogos.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk S. Nantha Balan akan menyampaikan keputusan mereka di mahkamah terbuka.
Hakim Kamaludin mencadangkan agar keputusan itu disampaikan di mahkamah terbuka dan bukannya dalam talian bagi membolehkan peguam pemerhati dan media mengikutinya.
Panel hakim sepatutnya menyampaikan keputusan mereka dalam dua rayuan hari ini tetapi ditunda susulan penghujahan lanjut perkara tambahan yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan.
Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, Liew berkata keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menurutnya mempunyai kesan langsung ke atas kes kewarganegaraan.
Beliau berkata pindaan pada 2001 kepada Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk melarang diskriminasi jantina adalah tidak dibenarkan.
Dalam hujahnya, beliau berkata pindaan Perkara 8 (2) yang menyatakan bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, atau jantina dalam mana-mana undang-undang, tidak terpakai kepada Perkara 14 (2) Perlembagaan Persekutuan, peruntukan kewarganegaraan.
Liew berkata perkataan "bapa" dalam Seksyen 1 (b) dan 1 (c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai "ibu" kerana peruntukan itu tidak boleh dipinda.
Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir untuk membenarkan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang, beliau telah memutuskan bahawa perkataan 'bapa' dalam Seksyen 1(b) mestilah dibaca termasuk ibu.
Beliau juga memutuskan Perkara 14(1)(b) bersama Seksyen 1(b) Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi berasaskan jantina.
Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili ibu-ibu dan Family Frontier, berhujah bahawa penghakiman dalam kes Dhinesh harus dibaca secara keseluruhan dan tidak mengangkat sebahagian daripadanya.
Penghakiman itu katanya, apabila dibaca secara keseluruhannya menyokong penambahbaikan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 8 (2).
Beliau berkata adalah menjadi tugas mahkamah untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan dengan cara yang harmoni memandangkan rayuan itu melibatkan kanak-kanak dan keluarga.
Peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Mahisha Sulaiha Abdul Majeed berkata hujah Liew tidak sepatutnya dilayan oleh mahkamah.
Bagi kes pertama, kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept tahun lepas yang mengiktiraf anak kepada ibu warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara mempunyai hak automatik menjadi rakyat Malaysia.
Bagi kes kedua, Mahisha Sulaiha, yang dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia dan bapa warga India di India, merayu terhadap penolakan Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos 2020 terhadap samannya yang difailkannya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Dalam saman mereka, antara lain, ibu-ibu itu mahu perintah mahkamah supaya semua agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk JPN, Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia, mengeluarkan dokumen berkaitan kewarganegaraan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia dengan pasangan warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk S. Nantha Balan akan menyampaikan keputusan mereka di mahkamah terbuka. - Gambar hiasan
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
Doktor tak mengaku cabul pekerja sendiri
Doktor tak mengaku cabul pekerja sendiri
Kes dadah terbesar di Sabah: Mekanik dijatuhi hukuman mati
Seorang mekanik lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis syabu seberat 199,950.1 gram tiga tahun lepas.
Mahkamah Rayuan kurangkan hukuman penjara bekas pemandu bas kepada 60 bulan
Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 70 kepada 60 bulan terhadap seorang bekas pemandu bas atas kesalahan memandu secara berbahaya.
Lagi syarikat pengendali pakej umrah, pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.