KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan akan membentangkan kertas kerja Jemaah Menteri berhubung keputusan menggunakan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G dalam masa terdekat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata pihaknya sedang menunggu laporan terakhir hasil pertemuan dengan pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis.
"Minggu ini kita akan edarkan kertas Jemaah Menteri kepada semua kementerian supaya dapat memberi respons dan pandangan sebelum dibawa kepada sidang Jemaah Menteri nanti.
"Ini jelas membuktikan kerajaan begitu telus dan terbuka dengan menjalankan sesi libat urus dengan semua pihak agar tidak timbul sebarang pertikaian atau kekeliruan," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini semalam.
Malaysia memilih model Sistem Rangkaian Pemborong Tunggal dengan menubuhkan sebuah syarikat milik penuh kerajaan bagi mengendali pembinaan prasarana sementara syarikat telco yang akan melaksanakan tindakan atau peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi video di laman Facebook miliknya menyatakan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) boleh menjadi skandal lebih besar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dalam sidang di Dewan Rakyat pada 15 Dis lepas menyangkal dakwaan itu dan mengatakan bahawa DNB tidak sama dengan 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Annuar menyampaikan ucapan perasmian pada persidangan UMNO Bahagian Ketereh di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala, Melor semalam. -- fotoBERNAMA

LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia
LKE Musang Queen menyediakan platform bagi rakan kongsi mengakses pasaran durian melalui tanah pegangan bebas.

HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.

Dakwaan kelemahan sistem pengundian parti, JPP PKR ambil serius teguran Rafizi
Sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Finas sasar RM50 juta pelaburan asing menerusi FIMI sempena Marche Du Film 2022
Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia.

Kumpulan pertama terima tablet PerantiSiswa minggu kedua Jun - Annuar
Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih berjalan, tarikh tutup 30 Jun
Annuar berkata sehingga kini semua syarikat masih dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.

Hanya dua telco tandatangan perjanjian miliki ekuti DNB setakat ini
Telco lain diharap dapat segera memuktamadkan perjanjian dengan DNB sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.

Premis dikembalikan kepada pemilik, konsep Rumah Prihatin @ Grand Seasons tetap diteruskan
Annuar berkata pihaknya sedang membuat perancangan mengenai pasca-Rumah Prihatin @ Grand Seasons dalam usaha mengekalkan konsep aktiviti amal dan sukarelawan itu.

Sambut Aidilfitri penuh kesyukuran selepas memasuki Fasa Peralihan Endemik - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengajak umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran selepas negara kini memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Kelonggaran SOP: Media arus perdana perlu sentiasa ingatkan rakyat mengenai bahaya COVID-19 - Annuar
Orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan bahaya ancaman COVID-19 biarpun kerajaan memberi beberapa kelonggaran terhadap langkah kawalan dan pencegahan virus tersebut, mulai hari ini.

Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil kepada kandungan yang menyalahgunakan media sosial.

Kerjasama Ku Li dengan parti lain bersifat individu, tidak wakili UMNO - Annuar
Annuar berkata apa-apa keputusan berhubung dengan hubungan antara parti hanya boleh diputuskan oleh parti dan melalui parti.

K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT
Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.