awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
10/04/2023
00:00 MYT
Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi
Menurut Tian Soon, JKNJ juga kini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan kepakaran dari universiti tentang hal perundangan dalam kes berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan makmal yang dijangka akan diperolehi tiga minggu lagi.
Ia bagi melengkapkan kertas siasatan kes kematian pasangan warga emas akibat memakan ikan buntal.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, selepas kertas siasatan lengkap, Ia akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi memutuskan sama ada pembekal ikan berkenaan akan didakwa atau sebaliknya.
"Siasatan semua masih dijalankan dan dalam masa terdekat ini, kalau ada laporan keluar, kita akan umumkan pada pihak media.
"Mengikut laporan forensik, memang kesan dari ikan buntal.
"Laporan makmal dari hari itu satu bulan, jadi bererti tiga minggu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semasa majlis berbuka puasa di Johor Bahru pada Ahad.
Menurut Tian Soon, JKNJ juga kini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan kepakaran dari universiti tentang hal perundangan dalam kes berkenaan.
Orang awam turut dinasihatkan supaya tidak membeli ikan buntal untuk dijadikan hidangan.
Topic Berkaitan
#ikan buntal
#laporan makmal
#warga emas
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan