KUALA LUMPUR: Simptom keracunan makanan yang terjadi selepas seseorang itu mengambil sesuatu makanan tidak boleh diambil ringan kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa.
Pegawai Perubatan Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad berkata kematian akibat keracunan makanan boleh berlaku disebabkan dehidrasi dan komplikasi daripada jangkitan kuman berkenaan yang kemudiannya boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman.
"Biasanya keracunan makanan berlaku disebabkan bakteria, parasit, toksin dan kuman yang disebarkan daripada bahan tercemar seperti air kotor, kencing atau najis tikus, lalat dan lipas atau logam berat seperti racun rumpai serangga dan sebagainya.
"Antara jangkitan bakteria biasa ialah Salmonella dan apabila ia masuk dalam sistem penghadaman kita panggil Salmonellosis. Simptom keracunan makanan biasanya adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, loya dan demam, tetapi paling bahaya apabila berlakunya dehidrasi akibat kurang air dalam badan," katanya kepada Bernama.
Jelasnya kesemua simptom itu dapat dilihat dalam masa enam jam selepas mengambil makanan tercemar dan simptom boleh menjadi semakin teruk dalam tempoh 12 hingga 24 jam sehingga menyebabkan seluruh badan lemah.
Mangsa dari Johor bersama anak buahnya dikatakan mengalami gejala muntah-muntah dan cirit-birit selepas makan makanan itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Mengulas lanjut tentang perkata itu Dr Syed Aliff Fauzan berkata seseorang yang mengalami keracunan makanan perlu mendapatkan rawatan awal tanpa berlengah dan membiarkan simptom menjadi semakin teruk.
"Bila keracunan makanan, rawatan awal adalah perlu untuk pastikan badan kita tidak dehidrasi, kerana jika dibiarkan lama badan akan dehidrasi dan jika simptom dehidrasi sudah mula kelihatan seperti pucat, lidah mulai putih, bawah mata juga putih macam kurang darah, segeralah dapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi semakin parah," katanya.
Beliau berkata dalam mencegah berlakunya keracunan makanan, orang ramai serta pengendali makanan mempunyai tanggungjawab masing-masing dan orang ramai boleh melakukan penilaian kendiri apabila ingin membeli makanan di luar.
"Macam sekarang ini, musim cuti sekolah ramai orang akan keluar dan makan di luar dan semestinya akan ada risiko keracunan makanan, jadi apa yang kita boleh buat adalah dengan memastikan persekitaran kedai bersih.
"Amalkan tiga langkah iaitu lihat, hidu dan rasa sebelum makan, jika ada bau, rasa dan tekstur yang kelihatan tidak normal sebaiknya elakkan makan. Bagi pengendali makanan pula, jangan biarkan bahan makanan atau makanan yang telah siap dalam keadaan yang terdedah.
"Elakkan menjual makanan yang tidak habis dan anggaplah kita sediakan makanan untuk keluarga, jangan hanya fikir untung semata-mata...siapa sangka hanya sebungkus sandwich tetapi boleh meragut nyawa," katanya.
Sementara itu Presiden Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia Sazly Azizuddin Sahami berkata trend keracunan makanan biasanya berlaku ketika musim perayaan dan cuti sekolah, justeru orang ramai perlu lebih peka dalam memilih makanan yang ingin dibeli.
"Apabila jumlah pelanggan terlalu ramai dan pekerja pula kurang, amalan kebersihan makanan selalu diabaikan sebagai contoh, bahan mentah yang terdapat di dalam peti sejuk lebih muatan boleh menyebabkan suhu makanan tidak sejuk sepenuhnya.
"Begitu juga proses nyah beku, apabila bahan mentah terlalu banyak selalunya proses nyah beku tidak sempurna. Selain itu, faktor keletihan pekerja juga menyebabkan amalan kebersihan dan keselamatan makanan seringkali diabaikan," katanya.
Sementara itu, Nur Aishah Wahidah Abdull Aziz, 23, berkongsi pengalaman pahitnya yang pernah kehilangan insan tersayang iaitu kakaknya, Nur Amira Fatihah akibat keracunan puding buih pada Syawal 2020.
"Saya tidak sangka, puding buih yang dibeli dua hari sebelum raya menyebabkan ayah, kakak dan adik saya dikejarkan ke hospital, lebih memilukan, kakak meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya.
Menceritakan keadaan kakaknya ketika itu, Nur Aishah berkata kakaknya demam dan kelihatan lemah selepas berbuka puasa pada hari kedua terakhir Ramadan dan keadaannya bertambah teruk awal pagi Syawal apabila rebah dan diserang sawan.
"Kalau ikutkan simptom kakak tidak ada pun cirit-birit, cuma keadaanya lemah dan demam, kami bawa dia ke klinik tetapi ditolak kerana klinik tidak terima kes demam sebab masa itu tengah COVID-19. Kemudian kami bawa dia ke hospital besar dan doktor kata hanya demam biasa, tetapi apabila balik ke rumah keadaan kakak makin teruk hingga rebah dan diserang sawan.
"Kakak kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada satu Syawal. Pada hari yang sama juga ayah dan adik saya turut dimasukkan ke hospital, tetapi kakak meninggal dunia selepas 10 hari berada di hospital... saya tidak sangka hanya kerana makanan, detik hitam ini akan terjadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Simptom keracunan makanan yang terjadi selepas seseorang itu mengambil sesuatu makanan tidak boleh diambil ringan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
Lebih 100 pelanggan alami keracunan makanan selepas makan di restoran
Laporan berkaitan kejadian itu diterima oleh PKD Kota Bharu daripada klinik swasta dan hospital kerajaan yang merawat pesakit terbabit.
Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.
86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.
JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.