Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, yang menyaman bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga pihak lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa beliau tidak mempunyai laporan perubatan untuk menunjukkan beliau mengalami keracunan makanan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kok berkata beliau juga tidak mempunyai laporan perubatan mengenai tekanan mental dan keadaan fizikalnya apabila ditahan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia dari 12 hingga 19 Sept, 2008.
Ketika disoal oleh Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali semasa pemeriksaan balas sama ada beliau mengadu tentang kesakitan apabila diperiksa oleh doktor yang bertugas, Kok berkata: "Tidak."
Bagaimanapun, Kok berkata beliau tidak bersetuju dengan Lailawati bahawa beliau tidak berhak untuk membuat tuntutan ganti rugi.
Pada 13 Mac, 2009, Kok mengemukakan saman terhadap Syed Hamid Albar, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia.
Kok menuntut ganti rugi kerana penangkapan dan penahanan secara salah, kesakitan dan penderitaan, dan tekanan mental, ganti rugi am dan khas dan relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Semasa prosiding, Kok juga berkata semasa ditahan, polis tidak menyediakan bantal dan tilam pada hari pertama dan menyediakannya hanya apabila beliau membuat aduan.
Sementara itu, Kok dalam kenyataan saksinya berkata beliau dikurung seorang diri tanpa bicara dan tuduhan.
"Saya dikurung dalam keadaan tanpa perikemanusiaan. Saya dinafikan hak di bawah perlembagaan dan tidak dibenar berhubung dengan peguam dan anggota keluarga saya.
"Saya disoal oleh pegawai-pegawai penyiasat dan soalan yang ditanya tertumpu pada dua artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, bertajuk 'Azan, JAWI, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya dan 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor," katanya.
Kok berkata beliau ditangkap oleh defendan-defendan di pintu masuk kediamannya di Pearl Tower, OUG Heights, pada 11.15 malam, 12 Sept 2008.
Katanya pada pukul 2 pagi 13 Sept di balai polis Wangsa Maju, beliau dimaklumkan bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA kerana mengambil bahagian dalam aktiviti yang boleh mencetuskan ketegangan dan rusuhan kaum.
Terdahulu, Hakim Datuk Su Geok Yiam, menolak permohonan Lailawati untuk tidak membenarkan peguam S.N.Nair mewakili Kok.
Dalam penghakimannya, hakim berkata Nair bukan seorang saksi berkaitan untuk dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.
Lailawati berhujah bahawa Nair adalah orang yang membuat laporan polis apabila Kok ditahan.
Perbicaraan bersambung 12 Mei.
Bernama
Mon Feb 10 2014
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Tiga pelakon klip video beri keterangan kepada polis
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.
Keracunan makanan: Teresa Kok tidak mempunyai laporan perubatan
Kok berkata beliau juga tidak mempunyai laporan perubatan mengenai tekanan mental dan keadaan fizikalnya apabila ditahan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia dari 12 hingga 19 Sept, 2008.