SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan Perpaduan mewarisi sebuah pentadbiran yang mempunyai banyak kerosakan serta perlu diperbetul.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memberi analogi bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah mewarisi sebuah 'rumah' yang mempunyai banyak kerosakan yang diakibatkan oleh 'penghuni' sebelum ini.
"Tiang dimakan anai-anai, lantai berlubang dan rapuh, atap ada berlubang sebahagiannya...sebelum itu atap berlubang kerana ditebuk, bil air dan bil api penghuni lama tak bayar sehingga kena potong," katanya dalam Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini, hari ini.
Rafizi berkata keadaan itu mendatangkan cabaran berbeza dan baharu buat Kerajaan Perpaduan dalam hasrat untuk membantu rakyat menerusi dasar kerajaan yang mampan.
"Cabaran itu datang sekali gus dalam keadaan kedudukan dan capaian kewangan kita terhad, maksudnya kita kena buat pilihan.
"Kalau kita warisi rumah sebegini, pada masa ini adakah kita nak bayar tunggakan bil supaya ada api atau elektrik dulu, atau besar kemungkinan kita perlu baiki tiang yang dimakan anai-anai atau buat pilihan nak hidup dengan lantai atau atap berlubang," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun menerusi pelbagai program dan inisiatif Kerajaan Perpaduan yang mula membuahkan hasil, rakyat semakin dapat membezakan antara kerajaan sekarang dengan pembangkang yang hanya pandai mempertikaikan usaha kerajaan membaiki kerosakan dilakukan pentadbiran sebelum ini.
Sementara itu, Rafizi turut yakin Pakatan Harapan (PH) masih menerima tahap sokongan positif dalam kalangan pengundi Melayu terutama anak muda, berdasarkan fakta dan data terkini yang disemaknya sendiri menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Beliau berkata sememangnya berlaku peralihan jumlah undi yang besar kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRU14 namun ia cuma di kawasan tertentu sahaja dan bukannya di seluruh negara.
"Tengok secara keseluruhan terutama negeri yang menjadi kekuatan kita (PH) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apabila kita bandingkan tahap sokongan pengundi Melayu dalam 2022 (PRU15) berbanding 2018 (PRU14) sebenarnya tiada perbezaan yang besar.
"Contohnya, sokongan pengundi di Selangor adalah lebih 40 peratus di kawasan sebelah timur pada 2022 malah pada 2018 juga lebih 40 peratus dan ada peralihan (undian) besar di pantai barat Selangor tapi ia lebih daripada UMNO kepada PN. Bukannya PH yang hilang undi," katanya dan menambah keadaan sama juga dilihat berlaku di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Justeru, Rafizi menepis dakwaan pihak pembangkang yang yakin dapat mengambil alih pentadbiran di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang daripada PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Rafizi memberi analogi bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah mewarisi sebuah 'rumah' yang mempunyai banyak kerosakan yang diakibatkan oleh 'penghuni' sebelum ini. - Foto BERNAMA

Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK ditawarkan dalam CPTPP - Tengku Zafrul
Susulan itu, UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Pertukaran KM Melaka: Tindakan memperkukuh Kerajaan Perpaduan di negeri - Penganalisis
Pertukaran Ketua Menteri Melaka dilihat sebagai satu langkah untuk perkukuhkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

Pangkalan data untuk PMKS bakal dibangunkan - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana, yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan beri lebih peruntukan kepada Kelantan, Terengganu berbanding PN - Anwar
Tanggungjawab beliau adalah untuk menjawab semua tohmahan tersebut dan bukannya menyerang ulama kerana mereka membentangkan fakta yang salah.

Lawatan rasmi PM Anwar ke China tunjuk komitmen kuat dan hubungan baik
China menjadi negara pertama di Asia Timur yang dilawati oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan sejak mentadbir Kerajaan Perpaduan.

Lawatan rasmi ke luar negara bukan untuk kemuliaan peribadi - Zambry
Ia selepas pembangkang baru-baru ini mengkritik lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi ke Arab Saudi dengan mendakwa sebagai gagal.

Lawatan Kerja ke China: Jumlah pelaburan besar, 14 MoU bakal ditandatangani
Ia merupakan lawatan rasmi sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.