awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DOJ - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
27/03/2020
21:10 MYT
Kerajaan akan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DOJ - Tengku Zafrul
Dilaporkan, DOJ AS menangguhkan pemulangan US$240 juta (RM1 bilion) daripada wang 1MDB, menyatakan ketidaktentuan politik apabila Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Februari lepas. - Gambar fail
Kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat.
Beliau berkata agensi kerajaan yang berkaitan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengusahakannya.
"Agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara ini. Ia sepatutnya dalam jadual untuk mendapat wang tersebut. Kami sedang mengusahakannya," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai kemungkinan kelewatan dalam membawa balik wang tersebut.
Dilaporkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pemulangan US$240 juta (RM1 bilion) daripada wang 1MDB, menyatakan ketidaktentuan politik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 24 Februari lepas.
Pada 1 Mac, 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan.
DOJ memulangkan hampir US$200 juta kepada Malaysia pada Mei 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amerika Syarikat
#AS
#bawa balik wang
#DoJ
#kelewatan
#letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan