awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan buka 800 ekar tanah, bantu miskin tegar, atasi inflasi - Rafizi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/02/2023
08:22 MYT
Kerajaan akan buka 800 ekar tanah, bantu miskin tegar, atasi inflasi - Rafizi
Kerajaan akan membuka 800 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengurangkan masalah bekalan makanan dan inflasi dalam negara, kata Rafizi Ramli. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka 800 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengurangkan masalah bekalan makanan dan inflasi dalam negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada program di bawah inisiatif Pendapatan Rakyat yang akan dilancarkan pada 26 Februari ini.
Pembukaan tanah tersebut, kata Rafizi, dijangka mampu membantu golongan miskin tegar dan B40 untuk melibatkan diri dalam perusahaan tani, sekali gus meningkatkan bekalan bahan mentah asas.
"Sekarang dalam tempoh jangka pendek kita akan bermula dengan 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan untuk dibuka kepada golongan B40 dan miskin tegar untuk usahakan tanaman.
"Kita harap Kerajaan Negeri termasuk pembangkang turut sama menyertai usaha ini untuk menambah lot-lot tanah untuk diusahakan segera supaya kita menambah bekalan makanan dan bukan semata-mata berharap kepada suntikan subsidi kerajaan untuk menurunkan harga," katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Mengulas lanjut, Rafizi (PH-Pandan) berkata, kerajaan juga akan membuka peluang kepada sokongan modal dan latihan.
Selain itu, beliau berkata, dalam menangani masalah bekalan bahan asas, kerajaan sedang berusaha mempercepatkan penyelesaian kepada kebergantungan import makanan ayam.
Dalam masa sama, Rafizi menjelaskan, usaha mengatasi inflasi tidak cukup hanya dengan menaikkan kapasiti bekalan bahan mentah semata-mata.
Sebaliknya, ujar beliau, ia perlu seiring dengan harga makanan siap yang dijual di kedai-kedai makan di seluruh negara.
"Hakikatnya sukar apabila bahan mentah naik harga makanan siap akan naik kepada kadar yang tinggi dan kekal walaupun selepas kenaikan harga bahan mentah telah turun," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kerajaan buka tanah
#800 ekar tanah
#bantu miskin tegar
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan