KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pengenalan cukai tersebut bertujuan meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang berkemampuan membeli barang bernilai tinggi.
"Namun begitu, cukai tidak akan dikenakan kepada pelancong bagi maksud menggalakkan pelancongan ke dalam negara," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai perancangan kementerian secara menyeluruh mengenai langkah reformasi percukaian yang akan diperkenalkan kepada rakyat pada tahun hadapan.
Ahmad berkata menerusi Belanjawan 2024 kerajaan akan mengenakan cukai keuntungan modal (CKM) bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac, 2024 dan hanya melibatkan pembayar cukai syarikat.
Pendapatan cukai itu dianggarkan berjumlah RM800 juta setahun, katanya.
Beliau berkata skop perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 akan diperluas bagi meliputi perkhidmatan baharu seperti pusat karaoke, pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan serta logistik.
Selain itu, kadar cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus bagi semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan dan logistik.
Pendapatan cukai itu dianggarkan RM3.45 bilion tambahan pendapatan kerajaan bagi 2024, menurut kementerian itu.
Ahmad berkata kadar duti eksais bagi minuman bergula turut dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter sebagai usaha terus menyokong strategi untuk meningkatkan kesihatan rakyat.
"Pengenaan duti eksais turut diperluas kepada tembakau kunyah bagi tujuan menyamaratakan layanan cukai ke atas semua produk tembakau.
"Seterusnya, mulai 1 Jan, 2025 kerajaan juga akan melaksanakan Global Minimum Tax atau GMT iaitu pengenaan kadar cukai efektif minimum di peringkat global pada kadar 15 peratus," katanya.
Beliau berkata di bawah GMT, negara atau jurisdiction yang terlibat akan diberi hak untuk mengenakan perbezaan kadar cukai atau top-up tax sekiranya pentadbir percukaian negara syarikat pemastautin tidak mencukai atau mengenakan cukai efektif minimum pada kadar kurang daripada 15 peratus.
Ahmad berkata kerajaan sentiasa komited dan proaktif dalam mengekang ketirisan hasil cukai dengan menangani masalah kegiatan ekonomi bayangan.
"Menyedari kepentingan data dan maklumat bagi memerangi ketirisan hasil cukai, kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sedang melaksanakan dua inisiatif utama, iaitu penggunaan Tax Identification Number atau TIN dan E-Invois," katanya.
Kementerian Kewangan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan pada 7 Jan 2023, untuk mengkaji sistem percukaian sedia ada dan mengemukakan cadangan untuk menambahbaik, memperbaharui dasar dan sistem pentadbiran percukaian negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Ahmad berkata, pengenalan cukai tersebut bertujuan meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang berkemampuan membeli barang bernilai tinggi. - Gambar fail
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Donald Trump umum akan bertemu Putin dalam masa terdekat
Jelas Trump, pertemuan itu bagi menamatkan perang hampir tiga tahun dengan Ukraine yang disifatkannya sebagai peristiwa kehilangan nyawa yang besar.
Trump mahu atasi inflasi, kurangkan cukai
Trump menyatakan komitmennya untuk menangani isu inflasi dan imigrasi haram sambil meningkatkan pengeluaran bahan api fosil di negaranya.
Trump zahir hasrat turun harga minyak global
Pada masa sama Trump menzahirkan hasrat beliau untuk menurunkan harga minyak global.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Iran berharap perjanjian nuklear baharu di bawah Trump 2.0
Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Hakim halang perintah eksekutif Trump tamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik
Hakim John Coughenour menyifatkan, perintah eksekutif tersebut sebagai "jelas tidak berperlembagaan."
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.