Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Oktober 2025.
Tan Sri Adam Kadir meninggal dunia pada usia 83 tahun, dikenang sebagai tokoh politik, penulis dan sasterawan yang disegani.
Program bertemakan -Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN- dianjurkan oleh PABMM bersama rakan kerjasama serantau.
KKM beri amaran influenza bukan penyakit ringan, berisiko menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru dan kematian dalam kalangan golongan berisiko tinggi.
Kesemua murid yang terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka, telah diambil tindakan dibuang sekolah serta-merta.
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, berkurung di dalam tandas asrama pada malam dia dipanggil oleh kumpulan 'Circle 19'.
Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menampilkan ‘calon segar’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, dengan 81 peratus daripada mereka merupakan muka baharu.
Sistem Subsidi Bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluas kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak.
Kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara direkodkan dijangkiti penyakit influenza setakat ini dan beberapa sekolah terpaksa ditutup atas nasihat pejabat kesihatan daerah masing-masing.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengiktirafan berterusan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global diyakini dan membolehkan pelabur mendapatkan kestabilan, kejelasan serta peluang, turut menjadi paparan nilai asas etika negara dalam sektor berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan semua institusi pengajian tinggi (IPT), supaya mengambil langkah yang perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan penularan penyakit influenza dalam kalangan mahasiswa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami