Arahan pemberhentian sementara perlombongan bauksit di Kuantan merupakan tindakan tegas kerajaan agar rakyat tidak terus menderita akibat pencemaran air dan alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun pemberhentian itu cuma sementara rakyat harus melihatnya daripada sudut positif.
"Saya yakin kerajaan Pahang akan melaksanakan peraturan dan undang-undang yang berkesan untuk menangani dan mengawal kesan buruk akibat perlombongan bauksit ini," katanya kepada Bernama selepas pertemuan dengan kumpulan media maya di Denai Larian di sini, malam tadi.
Semalam, Kabinet mengeluarkan arahan supaya aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan diberhentikan selama tiga bulan mulai 15 Jan ini.
Shahidan berkata tindakan penduduk Kuantan membakar lori membawa bauksit pada 22 Dis lepas kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri gagal menangani isu itu, harus dipandang serius.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada campur tangan pihak berkepentingan dalam aktiviti perlombongan ini namun tindakan drastik dan tegas perlu diambil demi memelihara kesejahteraan rakyat.
"Soal ada tangan tersembunyi atau tidak adalah perkara nombor dua. Soal tangan itu saya tak tau. Yang penting sekarang kita selesaikan isu ini yang menjadi kemarahan penduduk Kuantan," katanya.
Perlombongan bauksit yang tidak terkawal di kawasan Bukit Goh, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan sejak pertengahan 2014 menyebabkan penduduk di situ menanggung kesan debu yang teruk manakala air sungai dan laut bertukar warna menjadi merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit selepas hujan pada 28 Dis lepas.
Bernama
Thu Jan 07 2016
Shahidan (gambar) berkata walaupun pemberhentian itu cuma sementara rakyat harus melihatnya daripada sudut positif. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.
Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.