awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan

Bernama
Bernama
27/11/2024
13:14 MYT
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata polis menerima laporan daripada bapa remaja itu yang juga warga China berusia 48 tahun, mengenai kehilangan anaknya selepas tidak hadir ke sekolah di Singapura Isnin lepas, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali.
Beliau berkata semakan mendapati remaja itu dibawa masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodland, Singapura, Ahad lepas.
"Melalui risikan, semalam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah membuat serbuan dan berjaya menyelamatkan remaja itu di Kuantan, Pahang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menahan suspek berumur 22 tahun itu di lokasi berkenaan bagi membantu siasatan, dan merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dan peralatan yang dipercayai digunakan ketika remaja itu dilarikan.
Kumar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), Seksyen 48(2) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Seksyen 361 Kanun Keseksaan (Akta 574).
"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek dibenarkan oleh majistret selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Dis depan dan motif kejadian masih disiasat.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis johor
#remaja
#dilarikan
#warga china
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan