KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem percukaian yang lebih seimbang dan saksama sekiranya ekonomi negara berada dalam keadaan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata, sebarang langkah cukai yang akan dilaksanakan kelak sudah pasti mengambil kira libat urus bersama pihak berkepentingan.
"Kita akui sebagaimana yang telah kerajaan nyatakan bahawa sistem percukaian ini mestilah bersifat lebih seimbang, adil dan saksama dalam kita mengaut hasil negara untuk kita pulangkan kepada rakyat.
"Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat prihatin. Ia tidak akan memperkenalkan langkah-langkah cukai tanpa mengambil kira faktor kebajikan rakyat, kemantapan dan kelangsungan ekonomi negara khususnya kepada peniaga," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tempoh pelaksanaannya.
Terdahulu, menjawab soalan asal Senator N. Balasubramanian sama ada kerajaan berjaya melaksanakan kaedah percukaian alternatif seperti cukai keuntungan luar biasa dan cukai keuntungan, Mohd Shahar berkata setakat ini kerajaan belum melaksanakan cukai keuntungan modal (CGT) sepenuhnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, inisiatif dan kajian yang berterusan sedang dijalankan untuk menstruktur suatu sistem percukaian yang lebih seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong serta meningkatkan hasil negara.
"Kerajaan perlu memastikan langkah-langkah cukai yang akan dilaksanakan tidak membebankan rakyat, tidak menjejaskan kedudukan ekonomi dan dapat mempertingkatkan daya saing negara selaras dengan Pelan Pemulihan Negara," katanya.
Mohd Shahar berkata, sejak 1999, kerajaan telah melaksanakan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Akta 592) yang dikenakan ke atas amaun untung yang melebihi paras nilai ambang harga pasaran minyak sawit mentah iaitu RM2,500 satu tan bagi Semenanjung dan RM3,000 satu tan bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, pengenaan levi ke atas sawit telah berjaya memberi hasil tambahan kepada kerajaan sebanyak RM4.1 bilion sejak diperkenalkan sehingga September lepas.
"Kerajaan mengambil maklum pandangan pelbagai pihak supaya levi keuntungan luar biasa dikenakan kepada perniagaan tertentu yang menjana keuntungan yang berlipat ganda semasa krisis pandemik COVID-19," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem percukaian yang lebih seimbang dan saksama sekiranya ekonomi negara berada dalam keadaan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.