awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan serahkan kepada Melaka kaji syiling emas

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2014
10:01 MYT
Kerajaan akan serahkan kepada Melaka kaji syiling emas
Wang syiling emas yang ditemui di Pulau Nangka Rabu lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan pusat menyerahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk melakukan kajian terhadap kesahihan wang syiling yang ditemui di Pulau Nangka, Rabu lalu.
Menurutnya, kesahihan penemuan artifak berkenaan wajar diteliti sebelum syiling itu diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program pemerkasaan ekonomi melayu dan bumiputera menerusi keusahawanan di Dataran Pusat Bimbingan Usahawan di Pagoh.
Turut hadir, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Idmail Sabri Yaakob.
Beliau yang turut mengikuti perkembangan terhadap penemuan artifak di pulau terbabit yang dikendalikan kerja pencarian menerusi Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di media turut mempercayai, kerajaan negeri Melaka akan menguruskan artifak menerusi peruntukan perundangan sedia ada iaitu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Terdahulu, syarikat kontraktor itu yang diberikan tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pencarian memasuki bulan kelima menemui dua artifak berkenaan pada pukul 11.15 malam.
Bagaimanapun, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka sudahpun menyerahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk melakukan ujian makmal terhadap kesahihan, kandungan bahan logam dan usia syiling terbabit.
Topic Berkaitan
#Pulau Nangka
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan