awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kerajaan akan siasat dakwaan Soros biaya Bersih' - TPM Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
31/10/2016
06:35 MYT
'Kerajaan akan siasat dakwaan Soros biaya Bersih' - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan akan dilakukan secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik. - Gambar fail
Siasatan akan dilakukan terhadap mana-mana dakwaan hartawan George Soros yang membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan akan dilakukan secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.
"Siasatan akan dilakukan jika ada laporan polis buat. Kita juga akan lakukan tindakan sebagaimana saranan itu dan kita tidak tertakluk kepada sebarang spekulasi.
"Tindakan profesional harus dilakukan, pembuktian harus dicari untuk memberi pengukuhan terhadap lontaran maklumat yang diperolehi dari media siber," katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini hari ini.
Pada Isnin, ada media melaporkan satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini.
Maria berkata perhimpunan kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah perlu bertanggungjawab di atas soalannya mengenai 1MDB di Parlimen.
"Tetapi tidak ada sekali saya dengar Husni bangkitkan itu itu di dalam Majlis Tertinggi UMNO, ini realiti. Saya ada di sana, ada kawan-kawan bangkitkan.
"Husni ada hak untuk bertanya tetapi dalam persoalan pertanyaan kalau bermotif untuk untuk mendedahkan pada masa sudah setuju dalam perbincangan sebelum ini, saya rasa dia perlu bertanggungjawab," jelasnya.
Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".
Ahmad Husni juga menyoal kerajaan sama ada imej Malaysia akan terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara di London berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi, yang menuntut lebih daripada AS$6.5 bilion daripada 1MDB.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bersia
#George Soros
#Maria Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan