KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Sekretariat Program Madani Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lalu.
Jelas sekretariat itu, program berkenaan diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
"Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Program Madani Rakyat juga merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian-kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi peringkat negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.
"Program seperti ini juga mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia Madani," katanya sekretariat itu dalam kenyataan, hari ini.
Sekretariat Program Madani Rakyat menambah Program Madani Rakyat Zon Tengah memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat.
Selain itu, pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya.
Dalam masa sama, sekretariat itu menambah program berkenaan turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.
"Selain itu, Jualan Agro dan Mega Madani yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran asetaset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung," kata sekretariat itu lagi.
Majlis penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari dan dijangka dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Astro Awani
Sat Feb 10 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu. - Gambar fail/Bernama
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Lebih 100,000 pengunjung meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Program MADANI Rakyat Zon Tengah merekodkan jumlah 127,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung, melepasi sasaran awal 100,000.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah: MetMalaysia ramal hujan di Kuala Selangor hari ini
Cuaca esok diramalkan mendung pada pagi manakala cuaca baik pada sebelah petang hingga malam.
Tukar topi keledar baharu di Program MADANI Rakyat
Orang ramai yang ingin membawa pulang topi keledar percuma itu perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijangka tarik 100,000 pengunjung
Sebanyak 34 unit reruai kementerian, agensi dan kerajaan negeri, 40 gerai jualan makanan dan 30 pengusaha agro serta barang basah disediakan.
Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini
Pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam.
Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.